Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Sylphy ‘Zero Emission’, Sedan EV yang Mampu Dipandu Sejauh 338km
Roda4

Nissan Sylphy ‘Zero Emission’, Sedan EV yang Mampu Dipandu Sejauh 338km

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/05/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN Sylphy ‘Zero Emission’,
yakni sedan elektrik (EV) baharu melakukan debut pada Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018, juga penampilan pertama model itu yang dihasilkan khas untuk pasaran China.

Dibina berasaskan platform sama digunakan Leaf generasi ke-2, Sylphy EV ini dilengkapi trenkuasa emisi sifar dan bateri litium-ion yang diletakkan di bawah kerusi. Jarak pemanduan mampu ditempuhi sedan ini ialah sejauh 338km.

Jarak tersebut ialah berdasarkan kitaran Pusat Pemeriksaan Kenderaan BerMotor Shanghai (SMVIC), jadi dalam situasi pemanduan sebenar, pemandu dijangka mampu memandu sejauh kira-kira 200km atau 124 minit. Sebagai perbandingan, Leaf mengikut rekod anggaran Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) mencatatkan jarak 378km (235 minit), yang boleh berkurangan kepada kira-kira 240km (150 minit) bergantung kondisi.

Seperti imej didedahkan awal bulan lalu, rupa depan Sylphy EV ini tampil mirip barisan hatchback Nissan lain. Sedan ini dilengkapi bampar bentuk sama, gril V-motion dan lampu utama, lambang ‘Zero Emission’ (Emisi Sifar) di penjuru bawah kanan pintu but, rim identik dan aksen biru yang menyerlahkan personaliti mesra alam.

Besar kemungkinan kemasan kabin juga menampilkan ciri dan rekaan sama dengan sistem infotainment identik di tengah papan pemuka. Nissan akan melancarkan Sylphy EV di China pada penghujung tahun ini yang akan menyertai versi lain yang dikuasakan enjin pembakaran dalaman.

Bersama Leaf, Sylphy ialah salah satu daripada 20 model EV dalam perancangan Nissan yang akan dilancarkan dalam tempog 5 tahun akan datang.

SUMBER: CarScoops

Auto China 2018 Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) Nissan Nissan Sylphy Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018 Pusat Pemeriksaan Kenderaan BerMotor Shanghai (SMVIC) Roda4 Sedan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.