• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Sylphy ‘Zero Emission’, Sedan EV yang Mampu Dipandu Sejauh 338km

Nissan Sylphy 'Zero Emission', Sedan EV yang Mampu Dipandu Sejauh 338km

May 2, 2018 By Admin 1 Comment

FacebookTwitter


NISSAN Sylphy 'Zero Emission',
yakni sedan elektrik (EV) baharu melakukan debut pada Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018, juga penampilan pertama model itu yang dihasilkan khas untuk pasaran China.

Dibina berasaskan platform sama digunakan Leaf generasi ke-2, Sylphy EV ini dilengkapi trenkuasa emisi sifar dan bateri litium-ion yang diletakkan di bawah kerusi. Jarak pemanduan mampu ditempuhi sedan ini ialah sejauh 338km.

Jarak tersebut ialah berdasarkan kitaran Pusat Pemeriksaan Kenderaan BerMotor Shanghai (SMVIC), jadi dalam situasi pemanduan sebenar, pemandu dijangka mampu memandu sejauh kira-kira 200km atau 124 minit. Sebagai perbandingan, Leaf mengikut rekod anggaran Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) mencatatkan jarak 378km (235 minit), yang boleh berkurangan kepada kira-kira 240km (150 minit) bergantung kondisi.

Seperti imej didedahkan awal bulan lalu, rupa depan Sylphy EV ini tampil mirip barisan hatchback Nissan lain. Sedan ini dilengkapi bampar bentuk sama, gril V-motion dan lampu utama, lambang 'Zero Emission' (Emisi Sifar) di penjuru bawah kanan pintu but, rim identik dan aksen biru yang menyerlahkan personaliti mesra alam.

Besar kemungkinan kemasan kabin juga menampilkan ciri dan rekaan sama dengan sistem infotainment identik di tengah papan pemuka. Nissan akan melancarkan Sylphy EV di China pada penghujung tahun ini yang akan menyertai versi lain yang dikuasakan enjin pembakaran dalaman.

Bersama Leaf, Sylphy ialah salah satu daripada 20 model EV dalam perancangan Nissan yang akan dilancarkan dalam tempog 5 tahun akan datang.

SUMBER: CarScoops

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto China 2018, Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC), Nissan, Nissan Sylphy, Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018, Pusat Pemeriksaan Kenderaan BerMotor Shanghai (SMVIC), Roda4, Sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Lagi Kelibat Perodua Ativa Dikesan, Kali Ini Lebih Jelas
    #Spyshot: Lagi Kelibat Perodua Ativa Dikesan, Kali Ini Lebih Jelas
  • #Tular: Suspek Waja Terakhir Akhirnya Kena Tangkap, Ada 20 Rekod Jenayah dan Dadah
    #Tular: Suspek Waja Terakhir Akhirnya Kena Tangkap, Ada 20 Rekod Jenayah dan Dadah
  • Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!
    Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!
  • Penunggang Filipina Bengang dengan RUU Daftar Satu Helmet untuk Satu Motosikal
    Penunggang Filipina Bengang dengan RUU Daftar Satu Helmet untuk Satu Motosikal

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my