Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Perkenal Logo Baharu Selepas 20 Tahun, Ariya Jadi Model Pertama
Auto Terkini

Nissan Perkenal Logo Baharu Selepas 20 Tahun, Ariya Jadi Model Pertama

Han OthmanBy Han Othman17/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CROSSOVER elektrik, Nissan Ariya dipilih untuk debut rekabentuk logo baharu pengeluar automotif dari Jepun itu. Ini  kali pertama sejak 20 tahun lalu Nissan memutuskan memperbaharui logo jenama tersebut dengan rekaan yang menggambarkan ‘perubahan signifikan dalam masyarakat sejak akhir dua dekad lalu’.

Logo baharu itu juga ditakrifkan sebagai ‘satu imaginasi semula logo Nissan ikonik untuk bab baharu’.

BACA >>> Nissan Siar Video Acah Crossover EV, Ariya yang Bakal Lancar 15 Julai Ini

Debut logo Nissan baharu pada Ariya adalah simbolik usaha pengeluar itu melihat masa depan dan pada masa sama mengekalkan warisan dimiliki.

Nama syarikat kekal di tengah logo dan bermula sekarang akan tampil bercahaya pada semua model EV. Selain itu, ketebalan garis logo dinaikkan supaya dapat dilihat jelas apabila menyala untuk kesan visual lebih menyerlah.

Logo Nissan baharu ini juga dihasilkan dalam bentuk dua dimensi untuk membuatkan nampak seperti satu lakaran rekabentuk dan bukan unit pemasangan.

BACA >>> Nissan 370Z Milik Paul Walker dalam Filem Fast Five Dilelong RM428k!

Menurut Nissan, efek keseluruah logo yang direka semula ini adalah transisi daripada gaya industri yang bersegi dan keras kepada rupa digital yang lebih halus dan lebih dekat. Logo ini juga menandakan Nissan kini bukan hanya pengeluar kenderaan tradisional, tetapi juga penyedia mobiliti dan perkhidmatan.

Logo Nissan baharu akan mula muncul bermula bulan ini dalam bentuk digital dan fizikal. Semua model EV, bermula Ariya akan memiliki logo bercahaya eksklusif menggunakan 20 lampu LED. Logo baharu ini juga akan digunakan pada semua medium, daripada kepala surat, dan papan tanda pengedar hingga media sosail dan pengiklanan digital, termasuk aplikasi video dan digital.

BACA >>> ETCM Perkenalkan Nissan X-Trail Tuned by IMPUL, Harga Mula RM139k

GALERI
Auto Terkini Crossover EV Kenderaan Elektrik (EV) Logo Nissan Baharu Nissan Nissan Ariya Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

12/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.