Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Note Aura Nismo (2025) Dilancar di Jepun, Daripada RM91 Ribu
Auto Terkini

Nissan Note Aura Nismo (2025) Dilancar di Jepun, Daripada RM91 Ribu

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PADA Jun lalu Nissan memperkenalkan Note Aura rupa baharu (facelift) di Jepun. Rekaan depan begitu menyerlah dengan jeriji lebar dan jawapan kepada trend hari ini.

Terbaru Nissan memperkenalkan varian sporty Note Aura Nismo (2025). Satu yang menarik, varian ini tidak mengikuti format gayaan model rupa baharu dan kekal dengan rekaan model 2022.

Walaupun begitu, Note Aura Nismo kekal segak dan tidak nampak ketinggalan. Perubahan dibuat pada ciri aerodinamik, pilihan sistem audio, kerusi Recaro dan pengenalan varian baharu.

Pelanggan di Jepun kini boleh mendapatkan varian baharu iaitu Note Aura NISMO tuned e-POWER 4WD.

Berbanding Aura pacuan empat roda (4WD) standard, motor belakang telah dipertingkatkan dengan kuasa tambahan 10 kilowatt (kW) dan 50Nm.

Nissan juga membuat talaan khusus pada pembahagian pacuan depan dan belakang.

Penalaan itu membolehkan pemandu menikmati prestasi di selekoh yang lebih baik dan kawalan cemerlang di atas permukaan licin seperti basah dan bersalji.

Lagi ciri khas, rim aluminium ringan 17 inci yang direka bagi mengurangkan tekanan udara di dalam ruang roda dan menjana daya mendap apabila bergerak.

Dari segi rekaan, walaupun nampak sama, terdapat perubahan untuk meningkatkan prestasi aerodinamik. Perubahan dibuat pada bilah jeriji yang lebih tertutup bagi menyeimbangi di antara prestasi penyejukan dan pengurangan rintangan udara.

Bampar belakang pula lebih bersegi dengan pemisah udara bagi meningkatkan aliran udara pada sisi badan. Difuser berlapis mengalirkan udara dari bawah kereta dengan lancar dan mengurangan rintangan udara.

Pada bahagian dalam, kerusi pemandu mempunyai larasan elektronik sebagai ciri standard. Kerusi pilihan Recaro boleh dilaras secara elektronik untuk rebahan. Turut dijadikan pilihan sistem audio Bose Personal Plus.

Berkenaan rangkaian kuasa, Note Aura Nismo digerakkan enjin HR12DE-EM47 1.2 liter dengan motor elektrik depan dan pacuan dua roda (2WD).

Enjin 1.2 liter menghasilkan 82 ps pada 6,000 rpm dan tork 103Nm pada 4,800 rpm. Motor elektrik EM47 memiliki kuasa 100 kW (136 ps) dari 3,183 sehingga 8,500 rpm dan tork 300Nm dari 0 sehingga 3,183 rpm.

Motor tambahan MM48 pada Note Aura Nismo tuned e-POWER 4WD menghasilkan 60 kW (82 ps) dari 3,820 sehingga 10,024 rpm dan tork 150Nm dari 0 sehingga 3,820 rpm.

Seperti yang dikatakan, varian baharu ini mempunyai kuasa tambahan 10 kW dan daya kilas 50Nm lebih tinggi berbanding Note Aura biasa. Julat kelajuan enjin juga berbeza.

Aura Nismo ditawarkan dalam tujuh warna termasuk pilihan dua tona dengan NISMO Stealth Gray menjadi warna signatur untuk kesemua kereta jalanan Nismo.

Note Aura Nismo dijual pada harga JPY¥3,072,300 (RM91,419) dan JPY¥3,473,80 (RM103,373) untuk varian 4WD baharu.

Kredit gambar: Nissan

Nismo Nissan Nissan Note Nissan Note Aura Nissan Note Aura Nismo
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    LRT3 Laluan Shah Alam
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

    29/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Nissan Kitar Semula Sisa Cat Jadi Bahan Binaan, Kurangkan 1,200 Tan Sisa Setahun

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.