Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Leaf Serba Baharu Lancar di Indonesia, Harga Mula RM191k
Roda4

Nissan Leaf Serba Baharu Lancar di Indonesia, Harga Mula RM191k

Han OthmanBy Han Othman18/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR kenderaan Nissan di Indonesia, PT Nissan Motor Distributor Indonesia (NMDI) rasmi melancarkan Leaf Serba Baharu selepas membuka pratembahan model elektrik itu yang dijual pada harga bermula Rp649 juta rupiah (RM191,000).

Berikut perincian mengenai Leaf serba baharu di Indonesia:

  • Dijana bateri litium-ion 40kWh yang mampu dipandu sejauh 311km untuk sekali cas mengikut Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC), setanding pemanduan harian kira-kira 40km dalam seminggu.
  • Atas kertas, kereta elektrik ini menghasilkan kuasa 110kW atau 148hp dengan tork 320Nm, dan pecutan 0-100kmj sepantas 7.9 saat, manakala kelajuan maksimum 155km.
  • Bateri elektrik dihasilkan Nissan sendiri dengan ujian membabitkan jarakan perjalanan ribuan kilometer, termasuk melakukan ujian kualiti dan ketahanan paling ketat, serta ekstrem seperti ujian banjir dan petir.
  • Antara ciri bantuan pemandu Nissan Intelligent Mobility  diberikan ialah e-pedal, monitor pandang keliling pintar (IAVM), Brek Kecemasan Depan (FEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Bantuan Mula Daki (HSA), dan Kawalan Jejak Pintar (ITC).

  • Pengecas juga dijamin selamat dalam pelbagai kondisi cuaca yang dihasilkan untuk melindungi kenderaan dan penumpang daripada risiko renjatan elektrik walaupun ketika hujan.
  • Cara mengecas boleh dilakukan dalam tiga metod, iaitu menggunakan soket mudah alih 3.3Kw dengan cas penuh mengambil masa 12-15 jam.
  • Jika menggunakan pengecas rumah jenis arus terus (AC), 7.4Kw masa diperlukan untuk mengecas penuh ialah 5-7 jam. Pemilik juga boleh mengecas di stesen cas yang disediakan di mana-mana pengedar Nissan terdekat.\

  • Setiap pembelian diberikan waranti tiga tahun atau 100,000km, termasuk waranti bateri lapan tahun, atau 160,000km, dan servis percuma lima tahun atau 70,000km.
  • Berharga 649 juta rupiah (RM191,000) utnuk untuk varian satu warna dan 651 juta rupiah (RM191,590) untuk varian dwi-tona.
  • Ada enam pilihan warna ditawarkan, iaitu White Pearl (putih), Blade Silver (perak), Gun Metallic (kelabu), Black Star (hitam), Night Blue (biru), dan Radiant Red (merah).
  • Warna untuk varian dwi-tona pula ada lima pilihan, iaitu White Pearl (putih) dengan bumbung hitam, White Pearl (putih) dengan bumbung biru, Black Star (hitam) with bumbung kelabu, Night Blue (biru) with bumbung hitam dan Radiant Red (merah) dengan bumbung hitam.

BACA >>> Nissan Leaf NISMO RC Asah Trek Eropah, 0-100kmj Sepantas 3.4 saat!
BACA >>> Nissan Leaf (2019) Kini di Malaysia, Harga RM189k dengan Ansuran Bulanan RM3.2k Sahaja

SUMBER: DapurPacu.id | Nissan.co.id

Auto Terkini Hatchback Elektrik Hatchback EV kereta elektrik Nissan Indonesia Nissan LEAF Nissan Leaf Serba Baharu Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
F1 2026 | GP Hungary
Formula Satu

#F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

27/07/2026
Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.