Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Leaf Nismo Akhirnya Dilancarkan, Tetapi untuk Pasaran Jepun Sahaja
Auto Terkini

Nissan Leaf Nismo Akhirnya Dilancarkan, Tetapi untuk Pasaran Jepun Sahaja

Han OthmanBy Han Othman22/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMINAT jentera prestasi dari Jepun pasti mengenali nama Nismo sebagai divisyen talaan dan perlumbaan Nissan. Antara model yang pernah mendapat sentuhan jurutera Nismo ialah GT-R, 370Z, Juke, Micra/March, Versa/Note dan banyak lagi.

Terbaharu, Nismo menggunakan kepakarannya untuk model elektrik Leaf.

Selepas beberapa tahun tampil dalam bentuk model konsep, Nissan terkini mendedahkan Leaf Nismo versi pengeluaran yang akan menjengah pasaran Jepun. Bagaimana, tiada sebarang perubahan dibuat ke atas trenkuasa, sebaliknya menawarkan naik taraf pengendalian dan visual.

BACA >>> Nissan GT-R NISMO GT3 – RM2.1 Juta, Kini Tempahan Dibuka

Unit kawalan elektronik (ECU) dikalibrasi semula bagi mendapatkan respon pecutan yang lebih baik, termasuk dipasangkan suspensi talaan semula dengan rim aloi 18 inci bersama tayar ekstra cengkaman. Semua kemas kini tersebut akan saling bekerjasama dengan sistem stereng kuasa elektrik, dan aerodinamik dipertingkat bagi meningkat  dayabawah (downforce) tanpa mengabaikan pekali seretan (Cd) Leaf.

Kemas kini lain, termasuk bampar baharu (depan dan belakang), gril baharu, lampu siang (DRL) LED dan lambang Nismo di dalam dan luaran.

LEBIH SPORTY

Rupa dalaman juga dipertingkat dengan roda stereng sporty yang dibalut Alcantara dan kulit dengan tanda merah di tengah. Pedal anjakan, instrumen, upholsteri dan trim lain juga tampil unik bagi model Nismo ini.

BACA >>> Nissan Lancar ‘Warisan Nismo’ untuk Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Ikonik

Nissan mendakwa pihaknya tiada pelan untuk membawa Leaf Nismo ke pasaran luar selain Jepun. Jadi tidak perlulah membuang masa bertanya kepada mana-mana pengedar Nissan luar negara. Menurut Nissan lagi, Leaf versi Nismo dijangka membantu menarik minat pembeli terhadap kenderaan elektrik (EV) selain mencapai objektif jualan sejuta unit EV menjelang 2022 di Negara Matahari Terbit itu.

GALERI

SUMBER: CarScoops

EV JDM Jepun Kenderaan Elektrik (EV) Nismo Nissan Nissan LEAF Nissan Leaf Nismo Nissan NISMO Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.