Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan LEAF Autech (2022), EV Sporty Mewah pada Harga Mula RM135k
Roda4

Nissan LEAF Autech (2022), EV Sporty Mewah pada Harga Mula RM135k

Abang HirataBy Abang Hirata13/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEKARANG ini pengguna tempatan ada banyak pilihan memiliki kereta elektrik. Ada jenama rakyat seperti Nissan dan Hyundai, serta jenama premium, iaitu BMW dan Mercedes-Benz. Tidak dilupakan, model dibawa masuk pengimport bebas seperti Honda e dan semestinya tidak dilupakan Tesla.

Setakat ini, kereta elektrik pada harga mampu milik ialah Nissan LEAF yang dijual pada harga RM168,800. Harga itu hampir RM21,000 lebih rendah selepas Kerajaan mengecualikan duti import dan eksais. Harga itu juga meletakkan Leaf sebagai kereta elektrik kedua termurah selepas Hyundai Kona Electric.

Pujian perlu diberikan kepada Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kerana komited membawa masuk LEAF sejak generasi pertama lagi. ETCM juga rajin memperkenalkan varian dan kit sporty seperti Impul, Nismo dan Autech ke pasaran tempatan.

Di Jepun, pengguna ditawarkan LEAF Autech untuk model 2022 yang baru saja diperkenalkan. Berbeza Nismo yang tampil sporty, Autech membawa gaya sporty dan mewah.

Konsep LEAF Autech (2022) menarik dengan warna biru yang merujuk kepada laut dan langit di Shonan dan Chigasaki, iaitu tempat kelahiran Autech.

LEAF Autech (2022) ditawarkan dalam dua varian seperti berikut:

  • e + Autech: pacuan 2WD, motor elektrik EM57 60kWh, 4,577,100 yen (RM152,740).
  • Autech: pacuan 2WD, motor elektrrik EM57 640kWh: 4,061,200 yen (RM135,520).

Dari segi spesifikasi, LEAF Autech (2022) membawakan pakej sama seperti LEAF (2022) dengan logo Nissan baharu dan resolusi cermin pandang belakang pintar untuk penglihatan lebih baik. Identiti tersendiri model elektrik itu pula terletak pada komponen berikut:

  • Bampar depan dan belakang, skirt sisi dengan kemasan besi (metal finish).
  • Gril depan.
  • Lampu LED signatur.
  • Cermin sisi kemasan besi.
  • Rim aluminium 17 inci dengan tayar 215/50R17 91V.
  • Kerusi campuran, sued hitam kristal dan kulit tiruan dengan sulaman benang biru dan logo Autech.
  • Pelapik pintu dan konsol tengah dengan balutan kulit tiruan dan sulaman benang biru.
  • Kluster instrumen warna kayu gelap.
  • Aksen ventilator penyaman udara perak.
  • Stereng kulit asli dengan sulaman benang biru.

Dari luaran LEAF Autech (2022) nampak menyerlah dan premium, terutama warna biru dengan rekabentuk kereta biasa walaupun ia model elektrik. Dengan tradisi membawa varian sporty, kami tertanya, adakah ETCM berminat membawa LEAF Autech (2022) ke Malaysia?

Ia bakal menjadikan pasaran EV lebih meriah dengan pakej sporty dan mewah sebegini.

BACA >>> Nissan Juke Hybrid dengan Kacuk Transmisi Renault!
BACA >>> Nissan Serena XV Aero (2022) yang Lebih Aerodinamik Lancar di Jepun, Harga Mula RM107k

Autech Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kereta elektrik Nissan Nissan LEAF Nissan LEAF Autech Nissan Leaf Autech (2022) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.