Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Kicks (2020) Akan Lancar di India dengan Enjin 1.3L Turbo!
Auto Terkini

Nissan Kicks (2020) Akan Lancar di India dengan Enjin 1.3L Turbo!

Abang HirataBy Abang Hirata11/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN Kicks versi dipertingkat (facelift), Kicks e-Power sebelum ini dikhabarkan bakal dilancarkan di Thailand. Namun terbaharu, pengeluar automotif dari Jepun itu mengumumkan akan melancarkan Kicks (2020) di India dalam masa terdekat.

Apa yang menarik perhatian, rekabentuk luaran Kicks spesifikasi India itu jauh berbeza daripada model pra-facelift.

Antara perbezaan minor dimaksudkan adalah lampu projektor dengan lampu siang (DRL) LED, lampu kabus di bucu bampar dan rel bumbung. Sebaliknya, Kicks yang dikatakan untuk pasaran Thailand pula tampil berbeza pada rekabentuk bampar dan gril baharu. Lihatlah foto atas.

Adakah Kicks (2020) ada dua rekabentuk berbeza sebagai strategi baharu Nissan mengikut sasaran pasaran? Jawapan paling awal dapat diketahui adalah selepas pelancaran di India dan Thailand atau mana-mana negara lain.

Nissan Kicks pasaran India

Dari segi trenkuasa, Kicks (2020) pasaran India dibekalkan enjin paling berkuasa dalam segmen itu, iaitu 4-silinder HR13 DDT 1.3L Turbo berkuasa 154hp dan tork 254Nm yang dipadankan transmisi X-tronic CVT. Selain berkuasa tinggi, keistimewaan lain enjin tersebut adalah penggunaan teknologi saduran silinder, dipinjamkan daripada Nissan GT-R.

Antara kelebihan teknologi itu adalah membantu meningkatkan kecekapan enjin dan bahan api, serta menjana prestasi lebih tinggi. Transmisi X-tronic CVT pula dilengkapi mod M 8-tahap dengan efek ala transmisi manual. Generasi baharu X-tronic CVT mempunyai kadar geseran 40 peratus lebih rendah yang menyumbang kepada penjimatan bahan api dan respon pecutan lebih baik.

Sementara itu, Kicks e-Power (foto atas) yang dikatakan mahu dijual di Thailand dibekalkan enjin 1.2L HR12DE berkuasa 79hp dan tork 103Nm. Model pacuan motor elektrik itu menghasilkan output keseluruhan 129hp dan tork 254Nm. Nissan e-Power adalah kereta hibrid jenis penambah jarak (range extender).

AKAN MUNCUL DI MALAYSIA

Di India, Kicks bakal bersaing dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak seperti Hyundai Creta dan MG Hector, manakala peringkat global pula, saingan Kicks ialah HR-V, C-HR dan CX-3.

Kepada peminat Kicks tempatan, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sudah dua kali (2018 dan 2019) mengesahkan yang model SUV itu akan ditawarkan di negara kita. Segalanya mungkin jadi realiti selepas Almera baharu diperkenalkan nanti, iaitu selepas wabak Covid-19 reda.

BACA >>> Nissan Pulsar – Hatchback Turbo Berkuasa 188hp, 240Nm untuk Eropah
BACA >>> Nissan Rancang Keluar dari Eropah, Mahu Tumpu Pasaran AS, China dan Jepun

Auto Terkini Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan Kicks Nissan Kicks (2020) Roda4 SUV SUV kompak
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.