Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan GT-R ‘Predzilla’ Spesial Ini Sempena Lelongan Amal Yayasan Pasukan Hoki Ais
Auto Terkini

Nissan GT-R ‘Predzilla’ Spesial Ini Sempena Lelongan Amal Yayasan Pasukan Hoki Ais

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN GT-R istimewa dengan nama panggilan ‘Predzilla’ akan dilelong yang mana wang lelongan tersebut akan disumbangkan kepada Yayasan Nashville Predators (YNP). Sebagai makluman, Nashville Predators ialah kelab profesional hoki ais yang bertanding dalam Liga Hoki Kebangsaan (NHL) dan berpangkalan di Nashville dalam negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS).

Nissan GT-R (2017) yang bakal dilelong itu ialah model GT-R Premium yang diberikan warna cat custom – kuning dan hitam – membabitkan grafik dan warna rasmi Nashville Predators.

Sebagai tarikan utama dalam sesi lelongan mengumpul dana itu, pembida boleh mula membida sama ada menghantar teks ‘Nissan’ kepada 52182 atau mengunjungi www.nissan.gesture.com. Selain membawa balik satu-satunya GT-R yang di-custom-kan secara rasmi berdasarkan pasukan sukan profesional, pemenang juga bakal menerima dua tiket percuma bagi musim 2017-2018 berserta pas parkir di 6th Avenue Garage.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?

PENAUNG BADAN KEBAJIKAN

YNP ditubuhkan untuk menyokong pelbagai badan kebajikan seluruh Nashville. Baru-baru ini, YNP membuat sumbangan berjumlah AS$500,000 (RM2.13 juta) dalam bentuk geran kewangan kepada 129 pertubuhan khidmat komuniti dan kebajikan.

Ketua Pegawai Prestasi (CPO) Nissan Motor Co Ltd, José Muñoz berkata;

Nissan berbangga untuk menamakan bandar hebat Nashville ini sebagai rumah kepada ibu pejabat kami di Amerika Utara. Kami gembira kerana Predator sudah pergi sejauh ini musim ini.”
Supercar ini khusus buat Nashville dan peminat Predators seluruh dunia. Kami harap dapat menimbulkan banyak kesedaran dan dana bagi kerja-kerja YNP.”

Jumlah bidaan setakat ini ialah AS$60,500 (RM257,729) dan masih dibuka. Sedikit spesifikasi GT-R Predzilla, jentera ini dibekalkan enjin turbo-berkembar 3.8L V6 berkuasa 565hp dan tork 632Nm dengan transmisi klac-dua 6-kelajuan dalam sistem pacuan semua roda (AWD).

Mari kita lihat video dan gambar GT-R Predvilla:

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Auto Terkini autotainment Liga Hoki Kebangsaan (NHL) Nashville Predators Nashville Predators Foundation Nissan Nissan GT-R Nissan GT-R Predzilla pasukan hoki ais Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.