Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan GT-R NISMO (2020) Mula Dijual di UK, Harga RM900k
Roda4

Nissan GT-R NISMO (2020) Mula Dijual di UK, Harga RM900k

Abang HirataBy Abang Hirata15/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA April lalu, kami ada tuliskan tentang debut Nissan GT-R NISMO (2020) di Pameran Auto Antarabangsa New York (NYIAS) 2019.

GT-R kini sudah memasuki tahun ke-12 dan pengenalan versi NISMO di New York itu ialah indikator kepada kehadiran model tersebut untuk beberapa tahun akan datang.

Walaupun sudah berusia, bukan sedikit perubahan luaran dan dalaman yang diperkenalkan selain kejayaan mengekalkan model itu sebagai kereta berprestasi unggul hingga hari ini.

BACA >>> Nissan GT-R NISMO Baharu dengan Kemas Kini Gaya Lumba, dan Lebih Kuasa

DIBANGUNKAN BERASASKAN ORIENTASI TREK

GT-R NISMO (2020) bukan model ‘salinan kulit’, tetapi mengalami proses penaiktarafan berorientasikan jentera trek. Ini ialah GT-R versi lebih ekstrem dan ditala berdasarkan ciri jentera lumba dan pada masa sama boleh digunakan atas jalan raya biasa. Ia dibina sebagai aspirasi kepada keseimbangan dua dunia berbeza.

Antara perubahan dibuat ialah pengecasturbo baharu, penambahbaikan ke atas kawalan tukaran gear, penggunaan komponen lebih ringan, dan pengurangan berat keseluruhan, manakala brek, roda dan tayar dinaik taraf. Semua itu menunjukkan hasil positif apabila GT-R NISMO berjaya mencatatkan pengurangan masa sebanyak 2.5 saat di litar ujian Nissan.

Selain itu, tahap kestabilan GT-R NISMO pada kelajuan tinggi turut ditambah baik. Malah, sejak proses pembangunan lagi GT-R memang sudah memberikan tumpuan kepada halaju 300kmj.

BACA >>> Nissan GT-R NISMO GT3 – RM2.1 Juta, Kini Tempahan Dibuka

CIRI UTAMA NISSAN GT-R NISMO (2020)

  • Diketuai Mr GT-R, Hiroshi Tamura sebagai Ketua Pakar Produk yang sudah berkhidmat dengan Nissan lebih 30 tahun. Penglibatan dalam projek ini ialah menyempurnakan penambahbaikan GT-R NISMO supaya mampu menerajui segmen kereta berprestasi.
  • Pengecasturbo baharu ialah unit sama seperti kereta lumba GT-R GT3. Komponen turbo ini hanya mempunyai 10 bilah berbanding 11 bilah sebelum ini. Bilah baharu juga 0.3mm lebih tipis.
  • Sistem ekzos titanium berbunyi lebih garang, tetapi tidak terlampau bising apabila duduk dalam kabin kereta.
  • Rim aluminium khas RAYS 20 inci dan tayar Dunlop baharu.
  • Kerusi GT-R NISMO eksklusif rekaan Recaro dengan berat setiap satu 1.4kg lebih ringan.

Selain GT-R NISMO (2020), Nissan turut memperkenalkan Nissan GT-R Track Edition (2020) yang diposisi antara GT-R dan GT-R NISMO. Penampilan model ini boleh dipertingkatkan lagi dengan membeli beberapa opsyen kit seperti berikut:

  • Brek karbon seramik – £7,500 (RM38,720)
  • Kerusi karbon – £6,750 (RM34,850)
  • Spoiler karbon – £3,000 (RM15,490)
  • Spoiler karbon dan lid but – £4,500 (RM23,230)
  • Bumbung karbon – £2,000 (RM10,330)

Mengenai harga, walaupun kedua-dua model sama, tetapi beza spesifikasi menunjukkan nilai sebenar apabila Nissan GT-R NISMO dipasarkan pada harga £174,995 (RM903,490) manakala Nissan GT-R Track Edition dijual pada harga permulaan £99,995 (RM516,270).

Kedua-dua harga tersebut sebenarnya lebih rendah berbanding Nissan GT-R Premium Edition yang diperkenal di Thailand pada 2018 dengan harga RM1.8 juta.

BACA >>> NISMO Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Lama Nissan – Skyline GT-R R32 Jadi Model Sulung

GALERI
Hiroshi Tamura Nismo Nissan Nissan GT-R Nissan GT-R Nismo Nissan GT-R NISMO (2020)) Nissan GT-R R-35 Nissan UK
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.