Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Dedah Video Acah Varian Off-Road Baharu untuk Frontier (2021) Baharu
Roda4

Nissan Dedah Video Acah Varian Off-Road Baharu untuk Frontier (2021) Baharu

Han OthmanBy Han Othman02/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENJELANG Khamis ini, 4 Februari, Nissan bersedia mendedahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Pathfinder serba baharu dan trak pikap Frontier (2021) dengan rekabentuk diperbaharui.

Frontier baharu itu sudah pun memiliki trenkuasa baharu sejak tahun lalu. Kini apa dinantikan ialah model dengan rekabentuk diperbaharui yang akan menampilkan rupa baharu berdasarkan treler acah terkini ditunjukkan Nissan, iaitu varian off-road, PRO-4X.

Sama seperti video acah Pathfinder minggu lalu (lihat atas), model Frontier (2021) dalam video tersebut mendedahkan aksi varian baharu trak pikap itu dengan rekabentik gril lebih agresif. Ia dilihat menggunakan bahasa rekabentuk baharu yang diterapkan pada trak dan SUV Nissan, serta sebelum ini pernah dilihat pada SUV saiz-penuh, Armada.

Perubahan Frontier (2021) sudah bermula tahun lalu menerusi enjin V6 baharu yang memberikan peningkatan angka kuasa sebanyak 49hp kepada 310hp dan tork  381Nm serta dipadankan transmisi automatik 9-kelajuan, menggantikan kotak gear manual dan automatik 5-kelajuan yang usang, dan bakal ditamatkan pengeluaran.

Tidak banyak didedahkan video acah Frontier (2021) berdurasi enam saat itu (lihat video atas).

Apa dapat dilihat ialah grafik varian off-road Frontier (2021) baharu, PRO-4X yang tertera pada badan jentera. Gril jejaring silang dihitamkan sepenuhnya dengan dwi-panel horizontal di tengah. Juga dapat dilihat lencana Nissan baharu yang diposisikan lebih tinggi, dan bukan tengah gril, serta berwarna keemasan, sekali gus memberikan ciri eksklusif untuk varian berkenaan.

Selain itu, Frontier (2021) akan menggunakan rim hitam berkilat dengan aksen perak berserta lencana Nissan baharu berwarna jingga. Juga ditunjukkan sekilas lalu lampu belakang LED baharu dan pelapik plastik pada gerbang  roda belakang. Tidak dapat dikesan sama ada itu model dwi-kabin atau kabin tunggal.

Jadi sekarang kenalah tunggu 4 Februari ini untuk mengetahui perincian lebih lanjut mengenai trak pikap tersebut.

BACA >>> Nissan Perkenal Frontier, Titan, dan Titan XD ‘Edisi Larut Malam’;
BACA >>> #RetroAuto: Patrol – SUV Nissan Pertama Popular yang Dikeluarkan di Kilang Eropah

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan Frontier (2021) Nissan Frontier PRO-4X (2021) Roda4 SUV Trak pikap
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.