Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Muzium Sheikh Pelangi di UAE Ini Pasti Buat Peminat Kereta Teruja
Autotainment

Muzium Sheikh Pelangi di UAE Ini Pasti Buat Peminat Kereta Teruja

Han OthmanBy Han Othman28/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda pencinta kereta dan mahu menyaksikan koleksi kereta terbesar di dunia, Muzium Auto Kebangsaan Emiriyah (ENAM) yang juga dikenali sebagai Muzium Kereta Sheikh Pelangi ialah tempat yang wajib dikunjungi.

Muzium berupa garaj berbentuk piramid itu menempatkan 400 kenderaan daripada koleksi peribadi salah seorang kerabat diraja Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Hamad bin Hamdan Al-Nahyan. Orang ramai memanggilnya ‘Sheikh Pelangi’ kerana Mercedes pernah menghasilkan tujuh kereta khas kepadanya yang mana sebuah kereta dihasilkan setiap hari sepanjang seminggu dan dicatkan warna pelangi.

BACA >>> Prototaip Ducati 916 Milik Massimo Tamburini Ditayangkan di Muzium Ducati

Muzium tersebut meliputi kawasan seluas 10,000 meter persiegi dan dibuka kepada umum pada 2002. Bagaimanapun, tidak mudah untuk menemui tempat tersebut kerana anda perlu memandu ke selatan Abu Dhabi ke arah lapangan terbang, mengambil jalan E65 ke Liwa Oasis, mengikuti petunjuk jalan ke Tarif. Selepas 50km, anda perlu menyusur keluar ke Hmeen.

DI TENGAH PADANG PASIR

Di situ, di tengah padang pasir anda akan lihat sebuah piramid besar dengan glob gergasi di hadapan. Ya, itulah muzium Sheikh Pelangi yang dibuka jam 9 pagi hingga 6 petang dengan tiket berjumlah 50 Dirham. Namun, bayaran masuk kanak-kanak ialah percuma. Jika bangunan ditutup, anda perlu mencari seorang pekerja muzium untuk meminta dia bukakan pintu.

Muzium tersebut menyimpan pelbagai jenis kereta daripada klasik, sport, militari, trak dan kereta pelik. Sesetengah kereta ialah hadiah yang diterima Sheikh Pelangi, sesetengah lagi beliau beli sendiri daripada pemilik asal dan ada kereta yang dihasilkan secara custom.

BACA >>> Terima Lebih 500,000 Pelawat, Museo Ferrari Ini Bukan Muzium Biasa!

DODGE POWER WAGON PALING AWESOME!

Antara kereta paling wow ialah Dodge Power Wagon 1950-an. Trak tersebut dikatakan banyak membantu ramai orang pada permulaan era minyak di UAE. Jadi Sheikh Hamad mahu menjadikan ia sebagai monumen dengan membina sebuah trak Dodge gergasi sebagai kereta terbesar dunia.

Semua bahagian trak dibina di Abu Dhabi dan dipasang di padang pasir yang menjadi lokasi muzium itu. Trak tersebut berketinggian 5 meter, lebar 8 meter, dan berat 50 tan, iaitu lapan kali ganda berbanding Dodge normal. Selain mempunyai 4 bilik tidur, trak tersebut juga ada balkoni dan ruang tamu. Enjin tidak begitu besar, tetapi trak ini boleh digerakkan dan ada roda stereng berserta kerusi pemandu. Paling penting, trak ini diiktiraf Guiness Book of Records.

Jom kita layan koleksi Sheikh Pelangi!

BACA >>> Pameran Legenda F1 Sepanjang Zaman, Ayrton Senna di Muzium Lamborghini

GALERI
autotainment kereta terbesar di dunia Sheikh Hamad bin Hamdan Al-Nahyan Sheikh Pelangi UAE
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

08/06/2026
Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Steinwinter Supercargo 1983
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

05/06/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.