Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mula Oktober 2021, IKEA Tidak Jual Lagi Bateri Alkali Biasa Tanpa Cas
Auto Terkini

Mula Oktober 2021, IKEA Tidak Jual Lagi Bateri Alkali Biasa Tanpa Cas

Abang HirataBy Abang Hirata05/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM industri kereta elektrifikasi, bateri ialah salah satu komponen penting untuk model kenderaan elektrik sama ada hibrid atau elektrik penuh. Ia ibarat bahan api untuk membekalkan tenaga bagi menggerakkan kereta.

Penggunaan bateri turut menimbulkan persoalan mengenai cara pengurusan selepas tidak lagi digunakan, dan pihak industri sudah pun mempunyai jawapan, iaitu kitar semula atau digunakan untuk pembekalan lain. Ini bermakna bateri kenderaan elektrik yang ada tidak dibazirkan, sebaliknya bertambah lagi kegunaannya.

Apabila bercakap mengenai perkara ini, bagaimanakah pula bateri kecil untuk peralatan elektronik seperti jam, alat kawalan jauh, lampu suluh dan sebagainya?

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

Memang saiz bateri itu sangat kecil berbanding bateri kenderaan elektrik, tetapi apabila dikumpulkan, jumlahnya mampu mencapai lebih ratusan juta dan situasi ini perlu diberikan perhatian.

IKEA RANCANG JUAL BATERI CAS SEMULA SAHAJA

Inilah cuba dilakukan IKEA yang memutuskan untuk tidak menjual bateri alkali tanpa pengecasan semula menjelang Oktober 2021. Pengeluar barangan perabot dari Sweden itu menyarankan pengguna menggunakan bateri jenis boleh cas semula.

Malah, penggunaan berterusan dalam tempoh beberapa ketika akan menjimatkan wang dan mengurangkan sisa buangan.

Berdasarkan dapatan mengenai bateri dan perbandingannya, selepas 10 kali pengecasan semula bateri NiMH, seperti jenis LADDA yang dijual IKEA, emisi gas rumah hijau adalah lebih rendah berbanding bateri alkali bagi mendapatkan amaun sama untuk tenaga.

Apabila 50 kali pengecasan dibuat, impak alam sekitar* bateri NiMH adalah sama atau kurang berbanding impak penggunaan bateri alkali**.

Pada tahun fiskal 2019, IKEA menjual kira-kira 300 juta bateri alkali seluruh dunia, yakni jumlah yang cukup banyak. Persoalannya ke manakah bateri-bateri itu dilupuskan? Bayangkan 300 juta unit bateri dibuang begitu sahaja.

IKEA turut membuat pengiraan, jikasemua pelanggan bertukar daripada bateri ALKALISK kepada LADDA dan digunakan untuk peranti kapasiti tinggi dan dicas sebanyak 50 kali, maka kesannya ialah pengurangan sisa global hingga 5,000 tan setahun.

Satu bateri LADDA boleh mengecas hingga 500 kali dan lebih baik daripada bateri biasa yang terus dibuang selepas habis digunakan. Ini ialah komitmen IKEA peringkat global, termasuk siri bateri alkali ALKALISK.

Buat masa sekarang, bateri litium-ion jenis bulat leper (button cell) iaitu PLATBOJ akan dikekalkan kerana masih ada beberapa peranti dijual IKEA menggunakan bateri jenis itu. Selepas ini tiada lagi bateri biasa.

BACA >>> #TahukahAnda: Ke Mana Pergi Bateri Kereta Hibrid, Elektrik Selepas Luput Guna?

* Climate change, acidification, eutrophication (terrestrial, freshwater, and marine), freshwater ecotoxicity, human toxicity (cancer effects and noncancer effects), particulate matter, water resource depletion, and mineral and fossil resource depletion)
** Comparative Life cycle analysis of alkaline batteries against rechargeable NiMH batteries. Dolci et al., 2016; Mahmud, 2019; Parsons, 2007, and Menet and Gruescu, 2013.
Auto Terkini Bateri Bateri Boleh Cas Semula Bateri IKEA Bateri IKEA ALKALISK Bateri IKEA LADDA IKEA
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.