Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha MT-25 di Malaysia, Harga RM21.5k! MT-15 Cuma Previu, Lancar November Ini
Auto Terkini

Yamaha MT-25 di Malaysia, Harga RM21.5k! MT-15 Cuma Previu, Lancar November Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/09/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS sekian lama menunggu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) rasmi melancarkan famili baharu siri MT walaupun sudah lima tahun terlewat berbanding negara jiran.

Kehadiran Yamaha MT-25 dan MT-15 (2020) pasti memenuhi permintaan dan keinginan pengguna yang terus berkembang seiring perubahan trend permotoran masa kini. Penampilan kedua-dua model itu adalah sama dan hanya berbeza daru segi trenkuasa.

BACA >>> Yamaha MT-25 Perkenal Warna dan Grafik Baharu Lebih Sporty

REKABENTUK BIG BIKE URBAN

Rekabentuk DNA siri R dengan slogan ‘Rush of Darknes’ menyerlahkan penampilan naked bike yang maskulin dan agresif. Kedua-dua model didatangkan dengan lampu depan LED yang tidak hanya menghasilkan suluhan lebih terang dan fokus, tetapi turut memberikan penampilan sporty.

Sementara itu, lampu signal dan lampu belakang dua model tersebut juga bercirikan LED dengan rekaan tajam dan sporty. Spidometer digital multifungsi direka lebih infomatif dan mudah dilihat.

ENJIN SUPERSPORT

MT-25 (2020) dijana enjin 4-lejang dwi-silinder 250cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 23.6Nm @ 10,000rpm yang menghasilkan pecutan responsif. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan.

MT-15 (2020) pula dijana enjin 155cc berkuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork  14.7Nm @ 8,500rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

HARGA?

Kedua-dua model MT-15 dan MT-25 (2020) ditawarkan dalam dua pilihan warna, Ice Fluo (putih) dan Yamaha Blue (biru). Harga cadangan MT-25 ialah RM21, 500 dan dijadualkan berada di pusat jualan bermula 18 September ini.

Bagaimanapun HLYM tidak mengumumkan harga MT-15, tetapi memaklumkan streetbike itu akan dilancarkan November nanti.

Pembeli awal MT-25 ditawarkan rantai kunci MT-25 First Edition daripada Royal Selangor. Bagi membolehkan lebih ramai memiliki model hangat ini, pembeli boleh mendapatkan pinjaman AEON Credit pada kadar faedah 6 peratus sahaja. 😱

KESELESAAN TUNGGANGAN

MT-25 dan MT-15 didatangkan dengan padanan rim aloi aluminium lebar lebih kuat dan ringan  digabungkan dengan suspensi terbalik (USD) yang tidak hanya membuat penampilan lebih garang, tetapi turut meningkatkan kemampuan pengendalian.

Suspensi belakang jenis monoshock, manakala tayar bersaiz 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang) untuk kedua-dua model. Bagaimanapun, hanya MT-25 ditawarkan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dwi-saluran untuk lebih keyakinan membrek.

MT-25 menggunakan frem Deltabox yang kuat untuk tunggangan lebih stabil, manakala Yamaha MT-15 menggunakan frem Diamond. MT-15 turut menerima ciri keselamatan klac antigelincir Assist and Slipper (A&S) sama seperti di Indonesia.

BACA >>> Set Lampu Depan Yamaha MT-25 (2020) Cecah Hampir RM1.5k!
BACA >>> Pembeli Lebih Sukakan MT-15, Yamaha Indonesia Terpaksa Tamatkan Pengeluaran Xabre

GALERI
Auto Terkini Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) MT naked bike roda2 Yamaha MT-15 (2020) Yamaha MT-25
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Roda2

    ZXMoto Lancar 820RR-R Di China Dengan Harga Lebih Mampu Milik

    07/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 13/09/2020 15:14

      Lebih mahal dari R25, mungkin sebab ABS. tapi mmg x kan selaju R25 sbb xde fairing.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    By Syafie07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.