Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MRT Putrajaya Fasa Dua Mula Operasi Mac 2023!
Auto Terkini

MRT Putrajaya Fasa Dua Mula Operasi Mac 2023!

Han OthmanBy Han Othman23/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LALUAN Transit Aliran Massa (MRT) Putrajaya Fasa Dua dari Stesen MRT Kampung Batu ke Stesen MRT Putrajaya Sentral dijangka mula beroperasi pada Mac tahun depan.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata, laluan sepanjang 38.7km, terdiri daripada 15 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah itu sudahpun siap dan sedang dalam fasa persediaan operasi.

BACA >>> MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen
BACA >>> Peta Laluan MRT3 Didedahkan, Bakal Atasi Masalah Pengangkutan Awam Lembah Klang

Sebanyak 36 stesen berada di Laluan Putrajaya sepanjang 56.2km apabila beroperasi sepenuhnya nanti. Penumpang akan dapat berpindah ke laluan rel sedia ada lain di 10 stesen pertukaran (interchange) berbeza, yang memberikan kemudahan dan pemindahan lancar ke destinasi pilihan,” kata kenyataan MRT Corp.

Senarai 10 stesen pertukaran itu terdiri daripada:

  • Kwasa Damansara (dengan laluan Kajang MRT)
  • Sungai Buloh (dengan KTM)
  • Sri Damansara Timur (dengan KTM)
  • Kampung Batu (dengan KTM)
  • Titiwangsa (dengan laluan LRT Sri Petaling dan Ampang,, KL Monorail).
  • Ampang Park (dengan Laluan LRT Kelana Jaya)
  • Tun Razak Exchange (dengan Laluan MRT Kajang)
  • Chan Sow Lin (dengan Laluan LRT Sri Petaling dan Ampang)
  • Sungai Besi (dengan Laluan LRT Sri Petaling)
  • Putrajaya Sentral (dengan laluan ERL dan KLIA Transit

MRT Corp berkata, jajaran laluan Putrajaya akan disediakan 49 set tren dengan setiap set terdiri daripada empat gerabak dengan kapasiti maksimum 1,200 penumpang dan automatik sepenuhnya, tanpa pemandu. Sebanyak 5,870 ruang untuk parkir kereta disediakan buat penumpang MRT, terdapat di 15 stesen sepanjang jajaran.

Sepanjang fasa persediaan operasi, Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali Laluan Putrajaya menjalankan operasi percubaan akhir bersama Kontraktor Turnkey, MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd.

Operasi percubaan akhir penting bagi memastikan semua sistem dan prosedur berfungsi dengan berkesan, terutama integrasi sistem, operasi dan kesediaan pengendali.

Sehingga kini ujian dan pelaksanaan, termasuk ujian Fault-Free Running (FFR) sejauh 4,000km berjaya dijalankan. Ia ujian penting untuk memastikan tren selamat dan memberi perkhidmatan yang baik.

“Tarikh tepat memulakan operasi Fasa Dua akan diumumkan sebaik saja proses kelulusan dimuktamadkan dengan pihak berkuasa berkaitan,” kata MRT Corp.

BACA >>> Projek MRT3 Sambung Semula, Operasi Penuh 2030!
BACA >>> Hantu ‘Ju On’ Muncul di Stesen MRT Pasar Seni Cetus Spekulasi

SUMBER: Bernama

Auto Terkini MRT Putrajaya Fasa Dua RAPID Rail Sdn Bhd Transit Aliran Massa (MRT)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.