Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
Auto Terkini

MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL

Han OthmanBy Han Othman30/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL
ACARA permotoran tahunan paling ditunggu peminat automotif, MotorManiac Annual 2025 bakal menggegarkan Rooftop MyTown, Kuala Lumpur pada 6 September ini, dengan jangkaan lebih 30,000 pengunjung hadir menikmati pesta kereta, muzik dan gaya hidup urban.

Berbeza perjumpaan kereta biasa, MotorManiac tampil dengan konsep ‘lebih besar, lebih hebat, lebih berani’ yang menghimpunkan lebih 600 kereta modifikasi, JDM, Continental, Supercar dan banyak lagi, sekali gus menjadikan lokasi itu sebagai syurga buat kaki kereta tempatan dan antarabangsa.

Festival Kereta, Budaya, Muzik

Dianjurkan Bateriku Garage (BGarage) bersama rakan strategik seperti ASTRA, UVR, Retro Havoc, PrintKing, Kahf, dan GGR Motor, termasuk penaja rasmi seperti Mr Absorber, Kopi Saigon, Driveo danPetronas Lubricants pelbagai komuniti permotoran, edisi kali ini juga diserikan dengan pentas hip-hop yang menampilkan artis tempatan seperti ChronicalZ, ALYPH, EEMRUN, Dann N Qrack dan 53 Universe.

Juga tidak dilupakan rakan pakaian streetwear seperti Super Sunday, Abstrax, Headers, dan Choii Motosport, serta penyokong awal seperti BWB, Biadap, Downshift, SFS Garage, Indiscrete, Antera Motorsport, 199 Garage, dan Placed selain rakan media permotoran.

MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL
MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL

Malah pengunjung boleh melayan pertandingan automotif seperti King of Maniac Challenge, ASTRA Cup, 2 Step Competition, Car Limbo Contest dan Mini Diecast Expo. ASTRA Cup menjadi rebutan kerana itu ialah piala cabaran baharu yang bakal menambah tradisi dan prestij acara tersebut.

Acara kali ini juga menyaksikan MotorManiac melebarkan sayap ke pentas antarabangsa dengan pembabitan rakan media global seperti CarCvlT dari Britain, wartawan permotoran dan pempengaruh dari Australia, Clay Wong, serta fotografer dan penggiat budaya JDM dari Jepun, Tatsu Miyagawa

Cabutan Bertuah, Tarikan Eksklusif

MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL
MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL

Setiap pembelian barangan rasmi MotorManiac pada hari acara akan melayakkan pengunjung untuk cabutan bertuah dengan hadiah termasuk motosikal elektrik daripada GGR Motors dan baucar Bateriku bernilai RM40.

Tahun ini juga menampilkan satu hari penuh acara dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam dengan tiket berharga RM20 (dewasa), manakala kanak-kanak bawah 12 tahun dan OKU masuk PERCUMA.

MotorManiac: Lebih Sekadar Kereta

MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL
MotorManiac 2025 kembali 6 September di Rooftop MyTown KL

Pengasas MotorManiac, Wan Mikhail Faizi (Mike) berkata;

Inti pati MotorManiac sentiasa lebih daripada sekadar kereta. Ia mengenai gaya hidup, budaya dan komuniti. Dengan latar belakang langit Kuala Lumpur, kami mahu mencipta festival gaya hidup automotif yang hidup dari pagi hingga malam.”

MotorManiac 2025 jelas bukan sekadar acara kereta, tetapi kini berkembang menjadi platform budaya automotif yang menyatukan peminat, komuniti dan gaya hidup, serta mengangkat Kuala Lumpur ke pentas antarabangsa.

Acara Permotoran Auto Terkini AutoShow BATERIKU MotorManiac 2025 MyTown KL Rooftop MyTown KL
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.