Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Motorloan.my: Platform Pembiayaan Motosikal Patuh Syariah Semudah di Hujung Jari
Auto Terkini

Motorloan.my: Platform Pembiayaan Motosikal Patuh Syariah Semudah di Hujung Jari

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI pengguna terpaksa mengorbankan banyak masa berharga dalam urusan pembelian motosikal. Ini termasuk membuat tinjauan harga dari kedai ke kedai di beberapa lokasi untuk mencari tawaran terbaik atau harga paling rendah.

Tidak berhenti di situ, pembeli juga mengemukakan permohonan, termasuk mengisi borang dan menyerahkan dokumen untuk urusan permohonan pembiayaan pembelian.

Selain itu, mereka juga perlu menunggu untuk mengetahui status permohonan sama ada diterima atau sebaliknya. Bagaimanapun, anda kini boleh menjimatkan masa dan mengelakkan banyak urusan rumit jika menggunakan laman motorloan.my.

Platform disediakan syarikat SHENMA Credit itu memudahkan pengguna bermula dari proses memilih model motosikal, mempercepat proses permohonan pembiayaan dan mengetahui status kelayakan di hujung jari.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SHENMA Credit, Joseph Chong berkata;

Kami bermula pada awal 2021 dan menawarkan pembiayaan pembelian motosikal mengikut prinsip syariah iaitu AITAB (Al Ijarah Thumma Al Bai).

“Bermula 2024, kami melancarkan e-platform dipanggil Motorloan.my. e-Platform ialah cara baharu yang merevolusi cara pembelian motosikal dan skuter.

“Pengguna boleh berkunjung ke Motorloan.my untuk memilih model motosikal yang mereka inginkan dan membuat permohonan pembiayaan pembelian secara atas talian.

“Prosesnya sangat mudah iaitu cuma pilih model diminati, pengedar yang berdekatan, mendaftar sebagai pengguna (laman Motorloan.my) untuk mengisi borang dan memuat naik dokumen diperlukan.

“Dokumen diperlukan cuma salinan kad pengenalan dan salinan slip gaji terkini. Slip gaji cuma sebulan untuk mereka yang bergaji tetap.

“Kalau berasaskan komisen jualan atau pendapatan kerja lebihan masa (OT) tinggi, mereka perlu kemukakan slip tiga bulan untuk kiraan purata gaji. Ini untuk membantu proses penentuan jumlah pembiayaan yang layak.”

Joesph berkata, seramai 20,000 individu sudah menjadi pelanggan dan pemilik motosikal pelbagai jenama di bawah MForce Bike sejak plaftorm itu diperkenalkan awal tahun ini.

KEPUTUSAN PEMBIAYAAN DALAM TEMPOH SEJAM

Selepas melengkapkan pendaftaran dan membuat permohonan pembiayaan pembelian motosikal atau skuter, pelanggan akan menerima status pengesahan kelayakan dalam tempoh purata 30 minit sehingga satu jam.

Joseph menjelaskan pihaknya menggunakan beberapa elemen untuk memastikan seseorang pemohon layak untuk memperolah pembiayaan pembelian motosikal atau skuter. Antara semakan dibuat termasuk Laporan Biro Kredit (Credit Bureau Report), skor kredit untuk penilaian pelanggan serta pendapatan dan komitmen pelanggan.

Beliau berkata lagi;

Sebagai pemberi kredit bertanggungjawab, kami tidak mahu pelanggan terbeban dengan bayaran ansuran tinggi atau sebagainya. Kami perlu menjaga kepentingan kewangan pelanggan. Semua keputusan dan status permohonan pembiayaan akan dipaparkan menerusi laman web sama.

“Jika permohonan diluluskan, pelanggan akan menerima Surat Kelulusan Bersyarat (conditional approval) dan pemohon perlu melengkapkan proses e-KYC.

“Selepas siap e-KYC, pengedar yang dipilih pelanggan akan dimaklumkan dan pelanggan boleh terus ke cawangan terbabit untuk selesaikan urusan berkaitan seperti bayaran deposit atau berbincang dengan pengedar.”

PELBAGAI MODEL MOTOSIKAL, SKUTER, EV

Portal Motorloan.my memaparkan 10 kategori motosikal, termasuk motosikal elektrik daripada 14 jenama. Bagi motosikal dengan enjin pembakaran dalaman (ICE), model disediakan bermula dari kapasiti 150cc hingga 1 liter (1,000cc).

Malah beberapa model motosikal yang baru dilancarkan di pameran Malaysia Autoshow 2024 hujung minggu lalu sudah tersenarai dalam laman Motorloan.my seperti QJMotor Fortress 350, Moto Morini Seiemmezzo, Benda Napoleon Bob dan Dark Flag hingga supermoped Voge FR150 Formica Rossa.

e-Platform itu juga memaparkan promosi semasa model terpilih termasuk bayaran ansuran bulanan secara jelas. Pelanggan berdaftar juga boleh melihat semua aspek pembiayaan motosikal mereka seperti baki pinjaman dan tempoh ansuran.

Setiap model motosikal atau skuter yang dipamerkan disertakan sekali dengan perincian spesifikasi dan peta Google Maps lokasi rangkaian pengedar berhampiran.

Joseph menjelaskan, pihaknya ada hampir 300 pengedar seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak yang turut tersenarai dalam e-platform tersebut untuk dipilih pelanggan.

Buat masa ini, model disenarai untuk pembiayaan adalah semua jenama motosikal bawah MForce Bike. SHENMA juga ada rancangan menambah jenama popular lain pada masa akan datang.

Joseph Chong MForce Bike Holdings (MForce Bike) Motorloan.my pembiayaan motosikal roda2 SHENMA Credit
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.