Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MotoGP2019: Previu, Fakta dan Statistik GP Qatar yang Perlu Anda Tahu
Auto Terkini

#MotoGP2019: Previu, Fakta dan Statistik GP Qatar yang Perlu Anda Tahu

AryonBy Aryon08/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEJUARAAN MotoGP 2019 akan berlangsung Ahad ini di Litar Antarabangsa Losail di Qatar untuk pusingan pertama daripada keseluruhan 19 pusingan sepanjang musim. Seperti tahun terdahulu, pelumba akan menjalani ujian pramusim rasmi di dua lokasi litar, yang mana musim ini destinasi itu ialah di Malaysia dan Qatar, serta tidak termasuk ujian akhir musim di Sepanyol selepas pelumba menamatkan pusingan terakhir 2018.

Sepanjang ujian pramusim 2019 berlangsung, keputusan ditunjukkan wakil pelumba agak terbuka antara Yamaha, Honda dan Ducati dengan keputusan seperti berikut:

  • Valencia – Maverick Vinales (Yamaha YZR-M1)
  • Jerez – Takaaki Nakagami (Honda RC213V)
  • Sepang – Danilo Petrucci (Ducati GP19)
  • Qatar – Maverick Vinales (Yamaha YZR-M1)

Kini setiap pasukan pastinya sudah melakukan talaan terbaik untuk jentera masing-masing dan kebanyakan pelumba berada dalam kondisi paling cergas untuk menghadapi saingan sebenar. Apa fakta dan statistik menari tentang aksi pembukaan MotoGP 2019 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar ini?

BACA >>> MotoGP 2019 Perkenal LLP, Sistem Penalti Baharu Gantikan Hukuman Turun Satu Posisi

1. Litar Antarabangsa Losail sudah menjadi trek untuk 16 aksi perlumbaan MotoGP, dan 12 perlumbaan berlangsung ketika malam dengan bantuan lampu limpah.

2. Jorge Lorenzo ialah pelumba paling berjaya di Qatar dengan 6 kemanangan (MotoGP – 3, 250cc – 2 , 125cc – 1). Lorenzo kini beraksi bersama pasukan baharu Repsol Honda dan baru pulih daripada pembedahan patah pergelangan tangan. Dia juga dilaporkan cergas sepenuhnya dan bersedia menambah kejuaraan keempat di GP Qatar.

3. Rakan pasukan Lorenzo yang juga juara dunia 7 kali, adinda Marc Marquez, turut menjalani pembedahan untuk memulihkan tulang bahunya yang tercabut. Marquez cuma pernah menang sekali di Qatar, pada 2014, tetapi tahun lalu menamatkan saingan di podium kedua.

4. Yamaha menjadi pasukan paling banyak menang di GP Qatar, iaitu 8 kali, dan kekanda Valentino Rossi meraih 4 kali kejuaraan di sini, manakala rakan pasukan, Maverick Vinales pernah menang sekali pada 2017.

5. Vinales mencatatkan keputusan terpantas dalam final ujian pramusim di Qatar, dengan catatan 1:54.208. Bagaimanapun pusingan terpantas untuk semua sesi di Qatar dipegang Johann Zarco (1:53.680) musim lalu yang menunggang jentera satelit Yamaha M1 bersama pasukan Tech3.

6. Wakil Mission Winnow Ducati, Andrea Dovizioso ialah pelumba terpantas pada ujian pramusim walaupun baru saja dalam proses menyesuaikan diri dengan jentera baharu GP19. Dia ialah juara GP Qatar 2018 dan juga dilaporkan cergas sepenuhnya. Lorenzo dua tahun lalu cuma mampu menamatkan saingan Qatar di belakang Marquez, tetapi pada masa sama dia juga tidak pernah gagal memijak podium litar ini sejak 2015.

7. Rakan pasukan Dovizioso, Daniel Petrucci ialah pelumba terpantas ketika ujian pramusim Sepang. Namun, dia agak bergelut di Qatar dengan menamatkan saingan di kedudukan ke-9, lebih setengah saat di belakang Vinales. Sejak menyertai MotoGP pada 2012, kedudukan terbaik pernah diraih Petrucci ialah ke-5 (2018).

BACA >>> Bos KTM Tech3: “Hafizh Kena Lupakan Apa Dia Buat Musim Lalu”

8. Pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins dan rakan rookie, Joan Mir menunjukkan aksi konsisten sepanjang ujian pramusim. Prestasi Rins juga membanggakan apabila mendominasi  saingan pada sesi ujian hari kedua di Qatar. Tahun lalu, Rins gagal menamatkan saingan GP Qatar, tetapi pada 2017, dia meraih kedudukan ke-9 yang juga tahun pertama dia menjadi rookie MotoGP.

9. Bagi musim 2019, pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Pol Espargaro mendapat rakan pasukan baharu, Zarco. Espargaro menunjukkan prestasi terbaik dengan jentera KTM sepanjang ujian pramusim di Sepang dengan konsisten menamatkan saingan dalam kelompok 10 pelumba atasan, cuma lebih setengah saat di belakang pelumba terpantas. Bagi Zarco, musim ini penting baginya yang perlu segera menyesuaikan diri dengan jentera KTM selepas berhijrah dari Yamaha Tech3.

10. Tentang rookie, Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT) antara bintang perlu diberikan perhatian apabila menamatkan ujian pramusim Qatar cuma 0.233 saat di belakang Vinales. Sebagai rekod, dia tidak pernah dapat lebih baik daripada tempat kedua sejak menyertai siri MotoGP pada 2015 (Moto3).

11. BeIN akan menyediakan liputan siaran GP Qatar 2019 bermula 8:50am waktu tempatan hingga 1pm. Perlumbaan MotoGP dijangka bermula sekitar tengah hari.

SUMBER: UltimateMotorcycling

Auto Terkini GP Qatar 2019 Jorge Lorenzo Litar Antarabangsa Losail Qatar Maverick Viñales MotoGP MotoGP 2019 roda2 sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.