Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MotoGP: Lorenzo Kini Milik Repsol Honda Bermula Musim Depan hingga 2020.
Auto Terkini

#MotoGP: Lorenzo Kini Milik Repsol Honda Bermula Musim Depan hingga 2020.

AryonBy Aryon06/06/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA Ducati Team, Jorge Lorenzo mengesahkan diri sebagai pelumba Repsol Honda menggantikan Dani Pedrosa dalam saingan MotoGP 2019 dan 2020. Ini bermakna pelumba Sepanyol itu akan menjadi regu kepada rakan senegaranya, adinda Marc Marquez.

Berita terbaharu itu langsung menamatkan segala spekulasi yang tercetus tentang kemungkinan dia menyertai Suzuki Ecstar atau Yamaha dibawah tajaan konglomerat Malaysia, Petronas.

BACA >>> #MotoGP: Lorenzo Bakal Ganti Pedrosa di Repsol Honda?

Lorenzo menjadi berita hangat di Eropah selepas merangkul kejuaraan GP Itali hujung minggu lalu, juga kejayaan pertama sepanjang penyertaannya bersama Ducati Team. Sebelum itu, dia dilaporkan tidak gembira dengan pasukan dari Itali tersebut selepas bergelut mengekang mesin Desmosedici.

Kini, segala persoalan sudah terlerai dan memang sahih Lorenzo akan menjadi pelumba baharu Repsol Honda.

Lorenzo dan Ducati Team tidak berapa menjadi musim ini.

“Orang ramai patut percayakan Jorge Lorenzo apabila keputusan tidak berapa bagus, dan percaya apa aku mahu, tetapi tidak cukup orang yang percaya.

“Aku bukan bagi alasan dan aku beritahu kebenaran, dan apabila Ducati akhirnya buat ubah suai ke atas motor, aku dapat buktikan diri aku.

“Aku harap bermula sekarang orang ramai akan lebih percayakan apa aku kata. Sebahagian hati aku sangat gembira dengan kejayaan ini dan sebahagian lagi sedih, kerana aku percaya jika aku dapat apa aku nak sebelum ini, aku boleh cakap bahawa aku akan sambung (kontrak )dengan Ducati, tapi aku tak boleh cakap macam tu,” kata Lorenzo seraya menitis air mata kehibaan.

PETRUCCI NAIK TARAF KE PASUKAN PENGILANG

Susulan pemergian Lorenzo, pelumba Danilo Petrucci melengkapkan perpindahan ke pasukan Ducati Team, menyertai rakan senegara dari Itali, Andrea Dovizioso selepas dua tahun bersama pasukan satelit Pramac Ducati.

Kini beban ditinggalkan Petrucci itu bakal digalas rakan sepasukan lama dari Australia, Jack Miller yang mana dia dikhabarkan akan menunggang motosikal sama seperti jentera pengilang.

SUMBER: MCN

Andrea Dovizioso Auto Terkini Dani Pedrosa Danilo Petrucci Desmosedici Ducati Team Jorge Lorenzo Marc Marquez MotoGP Pramac Racing Repsol Honda Team Roa roda2 sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.