Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MotoGP Guna Minyak Sawit 2027?
Auto Terkini

MotoGP Guna Minyak Sawit 2027?

WahidBy Wahid26/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEJUARAAN Dunia MotoGP akan mula menggunakan bahan api mampan (sustainable fuel) bermula 2024 dan sepenuhnya menjelang 2027 yang mana penggunaan bahan api tersebut adalah mengikuti jejak langkah Formula  Satu (F1).

Bermula 2024, 40 peratus kandungan bahan api yang digunakan mesti daripada sumber dapat diperbaharui (mampan), dan  bermula 2027, bahan api fosil akan dihentikan sepenuhnya untuk ketiga-tiga kelas lumba Moto3, Moto2 dan MotoGP.

BACA >>> Marco Bezzecchi Langkah Ke MotoGP Musim Depan
BACA >>> Habib, Anak Malaysia Pertama Jadi Mekanik MotoGP

Selain itu, pengendali MotoGP, Dorna juga menandatangani kontrak bagi mengekalkan enjin pembakaran dalaman dari 2027 hingga 2031.

Justeru, penggunaan bahan api cecair berupa petrol sudah pasti memuaskan hati peminat perlumbaan yang mahukan jentera yang menghasilkan deruman ekzos menggiurkan, dan pada masa sama tahu sukan yang dicintai tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Dorna berbuat demikian adalah mengikut aliran masa yang mendapati penggunaan bahann api fosil (petrol) menghasilkan sisa buangan tidak mesra alam, seperti gas karbon dioksida (CO2 ) yang memerangkap haba dalam atmosfera hingga menyebabkan kenaikan suhu dunia.

Sumber sintetik atau berasal daripada tumbuhan, bukan makanan juga dibenarkan. Dorna tidak membenarkan bahan api bio daripada sumber tumbuhan makanan kerana tidak mahu rizab tanaman makanan bermanfaat ditukar kepada penghasilan bahan api.

Boleh jadi bahan api itu akan menggunakan sumber tanaman komoditi seperti tebu dan sawit. Sebagai makluman bahan api berasaskan tebu sudah banyak digunakan kenderaan penumpang di negara seperti Brazil. Malah, Malaysia juga sudah membangunkan bahan api berasaskan minyak sawit.

BACA >>> Kerajaan Perkenal Biodiesel B20 Guna Minyak Sawit untuk Kenderaan Komersial
BACA >>> Fabio Quartararo Sah Juara Dunia MotoGP 2021!

Logo MotoGP

Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dan MotoGP tidak mendedahkan sama ada akan membenarkan hanya satu pengeluar bahan api atau jenis bahan api dikehendakki.

Ini kerana setiap jenis bahan api sintetik atau bio menyimpan jumlah tenaga dan mempunyai ciri pembakaran berbeza. Mungkin hendak memberi ruang kepada pengeluar bahan api membangunkan teknologi masing-masing. Adakah pengeluar minyak dan gas gergasi turut memainkan peranan? Sama-sama kita nantikan.

BACA >>> Espargaro Hairan Binder (yang Cuma Menang Moto3 Sekali) Dapat Terus Naik MotoGP

Auto Terkini Bahan Api Mampan Dorna FIM Kejuaraan Dunia MotoGP MotoGP Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM)
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.