• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Perkenal Biodiesel B20 Guna Minyak Sawit untuk Kenderaan Komersial

Kerajaan Perkenal Biodiesel B20 Guna Minyak Sawit untuk Kenderaan Komersial

February 23, 2020 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN melaksanakan Program Biodiesel B20 buat pemilik kenderaan komersial di Malaysia. Bahan api, yang terdiri daripada kandungan 20 peratus metil ester sawit dan 80 peratus diesel itu akan digunakan dalam sektor pengangkutan secara berperingkat

Buat permulaan, Langkawi dan Labuan menjadi lokasi terawal pengenalan bahan api Biodiesel B20 sebelum diperluaskan ke Sarawak (April 2020), Sabah (Ogos) dan Semenanjung Malaysia menjelang Jun 2021. Program ini juga akan menggantikan B10 sedia ada di pasaran.

BACA >>> TVS Apache RTR 200 Fi E100 Dilancarkan, Motosikal Dikuasakan Etanol Pertama di India

Pada masa sama, pengeluar minyak seperti Petronas, Shell, Petron, Chevron dan BHP akan bekerjasama membekalkan B20 secara berperingkat membabitkan lebih 3,4000 stesen minyak seluruh negara sebelum pelaksanaan penuh menjelang pertengahan 2021.

Sebagai pilihan, bahan api diesel Euro5 masih dijual seperti biasa, manakala stesen minyak di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Genting Highlands dan Kundasang juga kekal menyediakan bahan api itu.

GALAKKAN PENGGUNAAN MINYAK SAWIT

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, pelaksanaan Program Biodiesel B20 dalam sektor pengangkutan adalah langkah proaktif Kerajaan bagi menggalakkan penggunaan minyak sawit domestik.

"Pada masa sama, penggunaan diesel B20 turut menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) dan kebergantungan bahan api fosil ke arah pembangunan tenaga mapan untuk generasi akan datang.

"Buat masa ini kami bekerjasama dengan lima pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor, iaitu Majlis Perbandaran Kajang (MPK), Subang Jaya (MBSJ), Ampang Jaya (MPAJ), Shah Alam (MBSA) dan Selayang (MPS).

"Semua PBT sudah menjalankan ujian lapangan penggunaan Biodiesel B20. Malah semua kenderaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) turut menggunakan B20 bermula Jun 2019 tanpa sebarang masalah setakat kini," katanya.

BACA >>> #Videotomotif: Saintis Tidak Sengaja Temui Cara Tukar Emisi Kereta Kepada Alkohol

GALERI
Bahan Api Biodiesel B20_PanduLaju_1
Bahan Api Biodiesel B20_PanduLaju_2
Bahan Api Biodiesel B20_PanduLaju_3
Bahan Api Biodiesel B20_PanduLaju_4
Bahan Api Biodiesel B20_PanduLaju_5
Bahan Api Biodiesel B20_PanduLaju_6
Bahan Api Biodiesel B20_PanduLaju_7
Bahan Api Biodiesel B20_PanduLaju_8
Bahan Api Biodiesel B20_PanduLaju_9
Bahan Api Biodiesel B20_PanduLaju_10
Bahan Api Biodiesel B20_PanduLaju_11

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Bahan Api, Bahan Api Alternatif, Biodiesel, Biodiesel B20, diesel euro5, minyak diesel B20, Program Biodiesel B20, Teresa kok

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my