• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Apache RTR 200 Fi E100 Dilancarkan, Motosikal Dikuasakan Etanol Pertama di India

TVS Apache RTR 200 Fi E100 Dilancarkan, Motosikal Dikuasakan Etanol Pertama di India

July 12, 2019 By Aryon Leave a Comment

183
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TVS menjadi pengeluar dua roda pertama di India yang melancarkan motosikal dikuasakan etanol, Apache RTR 200 Fi E100 pada harga 120,000 rupee (RM7,224), iaitu 9,000 rupee (RM539) lebih mahal daripada varian petrol.

Model Apache ini digerakkan menggunakan campuran 20 peratus petrol dan 80 peratus etanol. Buat masa ini, petrol di India mempunyai kandungan 10 peratus etanol, dan semua kenderaan dikuasakan petrol menggunakan bahan api yang sama.

BACA >>> TVS Apache RTR 200 4V Kini di Malaysia, RM10,950 - Mampukah Cabar Modenas Pulsar NS200?

Namun, buat kali pertama, TVS berjaya menghasilkan motosikal yang mampu digerakkan dengan menggunakan etanol sebagai bahan api utama.

Etanol dihasilkan secara domestik daripada sumber tumbuhan boleh diperbaharui seperti tebu dan jagung. Bahan api jenis ini membantun mengurangkan pencemaran karbon dioksida dan pada masa sama membantu Kerajaan mengurangkan import minyak mentah dari negara luar, sekali gus merendahkan bajet import.

Apache RTR 200 versi etanol ini dikuasakan enjin sama seperti varian petrol. iaitu silinder tunggal 200cc dengan sistem suntikan bahan api (Fi). Faktanya, motosikal ini menghasilkan angka kuasa sama, iaitu 21hp dan tork 18.1Nm, manakala kelajuan maksimum ialah 129kmj. Bagaimanapun, TVS tidak mendedahkan kadar kecekapan bahan api yang digunakan.

BACA >>> TVS Apache Pecah Rekod Asia Book of Records, Beraksi Lagak Ngeri 6 Jam Tanpa Henti

Tempahan kini dibuka, tetapi hanya boleh dibeli di tiga negeri: Maharashtra, Uttar Pradesh dan Karnataka sebagai negeri pengeluar etanol. Bagaimanapun, tiada satu pun stesen minyak yang menjual bahan api etanol di seluruh India.

GALERI

Related

183
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Apache RTR 200 Fi E100, Bahan Api Etanol, Etanol, Ethanol, roda2, sportbike, TVS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my