Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MOTO: Tengku Amirul Buru Hatrik Di Muar
Roda2

MOTO: Tengku Amirul Buru Hatrik Di Muar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/04/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Tengku Amirul during the race in Batu Kawan 2PELUMBA CP115, Tengku Amirul Haffiruddin mahu mengejar kemenangan hatrik dalam pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor pada 1 dan 2 Mei depan.

Tengku Amirul yang juga pelumba Motul Yamaha YY Pang itu sudah meraih dua kemenangan berturut-turut pada Pusingan 1 di Temerloh, Pahang diikuti Pusingan 2 di Batu Kawan, Pulau Pinang dan kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata mengatasi rakan sepasukan, Mohd Izzat Zaidi Salehan (29 mata).

Meskipun begitu, pelumba kelahiran Terengganu itu akui ia bukan tugas mudah terutama berdepan cabaran sengit rakan sepasukan, Mohd Izzat, Ahmad Syukran dan juga Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) yang muncul naib juara di Temerloh

Tengku Amirul after winning the race in Batu Kawan“Saya sedar ia bukan mudah untuk dicapai, namun pasti menjadi satu pencapaian menakjubkan seandainya saya dapat memenangi gelaran ketiga berturut-turut jika menang di Muar minggu ini.

“Cuma ia bukan tugas mudah memandangkan perlumbaan kali ini berlangsung di litar yang baru dan berbeza. Semua pasukan mempunyai kelebihan di mana pasukan yang menemui pelarasan terbaik dengan cepat mempunyai lebih peluang untuk menang,” jelas Tengku Amirul.

The 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship will feature another 10 exciting rounds with Taiping set to make a comeback to the race calendarLITAR BAHARU

Tidak seperti dua musim lepas di mana kejuaraan Cub Prix dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim, kali ini perlumbaan akan berlangsung di Dataran Tanjung Emas, antara lokasi pelancongan menarik di Muar.

Perlumbaan akan dijalankan di litar sepanjang 1.3km melawan arah jam dan mempunyai lima selekoh kiri, dua selekoh kanan dengan laluan lurus terpanjang sejauh 290 meter.

CUB PRIX KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2015 Motul Yamaha YY Pang Muar Tengku Amirul Haffirudin
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Roda2

    Royal Alloy Gran Turismo Debut Di Malaysia – Skuter Retro Moden Dari RM9.8k

    27/04/2026
    Roda2

    TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

    28/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    23/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.