Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MOTO: Naza N5 (2014)
Roda2

MOTO: Naza N5 (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/05/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NAZA N5_0001

NAZA Bikes memeriahkan pasaran motosikal tempatan menerusi perlancaran model baharu, Naza N5 yang direka khas bagi memenuhi selera pembeli yang mahukan motosikal entri dalam kategori 250cc.

Tergolong dalam famili naked, motosikal pemasangan Kilang Naza Bikes, Shah Alam itu menawarkan elemen santai dan mudah kepada bakal pemilik atas kelebihan profil binaan dimiliki. Naza N5 amat sesuai buat penunggang urban dan gemarkan aktiviti kembara bermotosikal ke kawasan luar bandar pada hujung minggu.

NAZA N5 menitik beratkan faktor mesra penunggang baharu dan pada masa sama memastikan kepuasan tunggangan dirasai selain berupaya mengasah skil dan meningkatkan keyakinan kawalan. Cukup ideal kepada pembeli berusia antara 18 hingga 45 tahun.

Model transmisi 6-kelajuan dengan unit enjin silinder tunggal DOHC dan bantuan sistem penyejukan cecair pasti mempelbagaikan opsyen pengguna dalam memilih motosikal mampu milik.

NAZA N5_0039      NAZA N5_0038

NAZA N5_0032  NAZA N5_0010  NAZA N5_0037  NAZA N5_0035

SASARAN 300 UNIT

Sebagai promosi awal, 500 pembeli pertama berpeluang menikmati harga pembelian istimewa, RM13,988 (harga atas jalan) dengan sasaran jualan 300 unit sebulan.

Naza N5 ada kaitan rapat dengan model dari Korea Selatan, Hyosung EXIV 250 dan ia bukan perkara asing kerana rata-rata model Hyosung di pasaran Malaysia memakai label Naza atas dasar persefahaman dan perjanjian sesama syarikat.

NAZA N5_0034

NAZA N5_0019  NAZA N5_0031  NAZA N5_0027  NAZA N5_0006

EKSPORT

Majlis pelancaran motosikal baharu itu dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Eksekutif Bersama Naza Group, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolao Group, Oh Sei-young, Ketua Pegawai Eksekutif KR Motors, Bae Dong-Jun dan Nik Danial Nik Mahmood selaku Naib Presiden Naza Two Wheels & Four Wheels Division.

“Tahun 2013, model sportsbike NAZA Blade 650 berjaya menduduki tangga teratas dalam kelasnya dan motosikal 250cc kami juga menjadi pilihan popular dalam segmennya. Sepanjang 15 tahun kerjasama dengan rakan kami iaitu KR Motors, NAZA Bikes berjaya memperkenalkan 6 motosikal berbeza dalam kategori 250c dan 650cc,” kata Datuk Wira SM Faisal.

Bukan itu sahaja, NAZA Bikes ada berkecimpung dalam aktiviti eksport motosikal ke luar negara. Program bermula 2009 itu menyaksikan Iran sebagai negara pertama menerima motosikal NAZA. Selepas itu, aktiviti eksport juga diadakan ke Brunei dan mula meneroka pasaran Kemboja.

Datuk Wira SM Faisal mengutarakan hasrat melihat NAZA bangkit sebagai pengeluar sepenuhnya yang mampu menghasilkan motosikal Malaysia, khasnya dalam kelas enjin 250cc yang diterima baik pengguna tempatan dan dikenali di persada antarabangsa. Malah, beliau juga mahukan jenama motosikal NAZA setanding pengeluar lain seperti Kawasaki dan Honda yang mana kolaborasi bersama KR Motors bakal menjadikan visi itu sebagai realiti.

NAZA N5_0036  NAZA N5_0016  NAZA N5_0013  NAZA N5_0024

SPESIFIKASI
ENJIN Silinder tunggal, DOHC dengan sistem sejukan cecair
SESARAN 249cc
GEREK & LEJANG 73mm x 59.6mm
NISBAH MAMPATAN 12:1
KUASA MAKSIMUM 21.2 kW (28.4 HP) @ 8500rpm
TORK MAKSIMUM 26.1 Nm (2.56 kgf.m) @ 7000rpm
SISTEM PENYAMPAIAN BAHAN API Sistem suntikan terus (injection)
KOTAK GEAR 6-kelajuan
PANJANG 1937mm
LEBAR 800mm
TINGGI 1055mm
TINGGI TEMPAT DUDUK 780mm
BERAT 149kg
BREK HADAPAN CAKERA 300mm
BREK BELAKANG CAKERA 230mm
TAYAR HADAPAN 110/70 – 17
TAYAR BELAKANG 150/60 – 17
FORK HADAPAN Teleskopik USD 37mm
SUSPENSI BELAKANG Monoshock boleh laras
SAIZ TANGKI 11L

Naza Group of Companies Naza N5 Naza Two Wheels
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

    25/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    23/04/2026
    Roda2

    Yamaha TMAX Tech Max Kini Dalam Crystal Graphite – Maxi Scooter Premium Dari RM75,888

    23/04/2026
    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026
    Roda2

    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026 Ini Dijual 100 Unit Sahaja, Harga Hampir RM180k!

    22/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.