Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MOTO: Kawasaki 250SL
Roda2

MOTO: Kawasaki 250SL

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/06/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

14BX250A_MYS_LIM_RF14BX250A_MYS_LIM_FA  14BX250A_MYS_LIM_BA

SETELAH khabar angin tentang ketibaan Ninja 250SL dan kebocoran gambar model berkenaan di kilang Kawasaki mula memenuhi alam maya akhirnya Kawasaki Motors Malaysia melancarkan model supersport Ninja 250SL ke tanah air yang dijual pada harga RM17,689. Di sesetengah pasaran luar negara menggunakan nama RR Mono. Tetapi di Malaysia Kawasaki memutuskan menggunakan nama 250SL.

Ninja 250SL dilengkapi kapasiti enjin 249cc dengan satu silinder. Enjin 250SL mampu menghasilkan tenaga sebesar 28ps pada 9700 rpm dan tork setinggi 22.6Nm pada 8200rpm.Penghantaran kuasa ke roda dibantu transmisi enam kelajuan.

Karakter enjin empat lejang itu difahamkan mampu menghasilkan daya responsif di putaran enjin rendah sehingga ke pertengahan namun tetap galak ketika rpm tinggi.

Pendatang baharu ahli Kawasaki dalam kelas supersport ini lebih unik kerana ia ramping, ringan dan kompak berbanding Ninja 250. Beratnya cuma 148 kilogram iaitu lebih ringan 24kg berbanding Ninja 250. Ninja 250SL juga lebih kecil dengan saiz dimensi panjang 1935mm, 700mm (lebar) dan tinggi (1075mm).

14BX250A_MYS_YEL_RS  14BX250A_MYS_LIM_RS  14BX250A_MYS_YEL_RF  14BX250A_MYS_LIM_LB

Di Malaysia, Kawasaki menawarkan dua pilihan warna iaitu hijau dan kuning berbanding Indonesia yang menawarkan empat warna iaitu hijau, merah, putih dan kuning. Kawasaki memiliki strategi pemasarannya sendiri dengan hanya menawarkan dua warna bagi kumpulan pertama ini terlebih dahulu.

Model pemasangan tempatan (CKD) itu dilengkapi suspensi Uni-Trak pada bahagian belakang memberikan kemampuan menjaga kestabilan di jalan raya dan menyerap jalan beralun dan berlubang dengan baik. Sementara  rahang teleskopik 37mm di bahagian hadapan membantu untuk memastikan keseimbangan, pengendalian yang  ringan dan kestabilan.

Turut difahamkan, Kawasaki juga mengaplikasikan sistem penyejukkan kipas angin yang dialihkan ke bahagian bawah supaya penunggang tidak berasa panas. Hal ini kerana penunggang sering berasa panas pada bahagian peha kerana kipas radiator. Ini mirip seperti  Ninja 250.

Seperti diketahui, percaturan Kawasaki menawarkan 250SL lebih dijangka memberi saingan kepada Honda CBR250 dan KTM RC200 yang bakal dilancarkan pertengahan tahun ini. Jangan lupa juga tentang Yamaha R25 yang khabarnya juga bakal dibawa masuk ke Malaysia.

 

250SL Honda CBR250 Kawasaki KTM RC200 Ninja 250 Yamaha R25
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.