Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Moto Guzzi Perkenal Seragam Centenario untuk V9 Bobber, Roamer (2021)
Roda2

Moto Guzzi Perkenal Seragam Centenario untuk V9 Bobber, Roamer (2021)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTO Guzzi melancarkan siri V9 dengan seragam khas Centenario sempena ulang tahun ke-100 pengeluar itu, yang juga tribut kepada jentera lumba 8-silinder 350 Bialbero era 1950-an. Seragam baharu ini turut tersedia pada model V7 dan V85TT.

Model V9 dengan seragam Centenario itu ialah Bobber dan Roamer yang mendapat kemas kini signifikan sempena 2021. Dua model tersebut asalnya diperkenalkan pada 2016 sebagai model middleweight gaya kustom yang diposisikan antara roadster retro V7 dan cruiser California 1400. Kedua-duanya menggunakan enjin sama, 853cc V-Twin penyejukan udara dengan syaf pacu dalam casis dwi-absorber tradisional.

V9 Roamer
V9 Bobber

Penampilan V9 Roamer lebih tradisional dengan bar hendal bengkok (pull-back), rim aloi 19 inci di depan, kemasa krom dan pelana dwi-tona. V9 Bobber pula, seperti namanya, menampilkan gaya minimalis ‘Bobber’ dengan tayar depan ‘belon’ 16 inci, dan posisi tunggang lebih agresif, bar hendal flat dan kemasan hitam.

Dua model itu menawarkan angka kuasa 64hp daripada enjin sama digunakan V85 TT (juga terdapat dalam versi rendah taraf untuk pemilik lesen A2), dan ditambah frem dinaik taraf lebih kuat sekitar kepala untuk menambah baik aspek kestabilan dan ketepatan stereng.

Bobber juga mendapat pelana baharu, panel sisi aluminium diperbaharui dan madgad depan pendek, termasuk kluster instrumen digital baharu. Paling ketara ialah lampu LED baharu yang disepadukan bersama lampu tunggang gaya Guzzi ‘Eagle’. Harga masih belum diumumkan.

BACA >>> Moto Guzzi V7 (2021) Lancar, Masih Retro dengan Enjin 65hp, 72.9Nm
BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi Honda Rebel 300 – Daripada Bobber Moden Kepada Café Racer

V9 BOBBER CENTENARIO (2021)

SUMBER: MCN

Livery Middleweight Moto Guzzi Moto Guzzi V9 Bobber Moto Guzzi V9 Bobber (2021) Moto Guzzi V9 Roamer (2021) roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    03/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.