• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Moto Guzzi V7 (2021) Lancar, Masih Retro dengan Enjin 65hp, 72.9Nm

Moto Guzzi V7 (2021) Lancar, Masih Retro dengan Enjin 65hp, 72.9Nm

December 16, 2020 By Aryon Leave a Comment

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUBSIDIARI di bawah Piaggio, Moto Guzzi melancarkan sportbike gaya retro baharu, V7 dengan menampilkan banyak pembaharuan sempena 2021.

Pembaharuan terbesar adalah menghentikan penggunaan trenkuasa 744cc lama yang sudah berkhidmat hampir sedekad lalu, dan digantikan enjin 850cc V-Twin 90º. Enjin baharu itu memberikan angka prestasi cukup signifikan daripada kuasa 52hp dan tork 59.9Nm kepada 65hp dan 72.9Nm.

Aspek rekabentuk masih mengekalkan gaya lama model terdahulu dengan mengemas kini rekaan lampu utama dan lampu belakang, panel sisi, madgad dan muncung ekzos. Model ini juga menggunakan teknologi lampu LED penuh dan menampilkan kluster instrumen baharu.

moto-guzzi-v7-11
moto-guzzi-v7-12
moto-guzzi-v7-2
moto-guzzi-v7-1

Rim dan tayar juga lebih besar dengan absorber belakang menggunakan khidmat jenama suspensi terkenal, Kayaba.

Tidak seperti model lama yang menggunakan nombor Roman yang menunjukkan jenis versi dilancarkan, model 2021 ini pula cuma dipanggil V7. Barisan tahun baharu itu terdiri daripada empat model dan V7 ini ditawarkan dalam dua varian, V7 Stone dan V7 Special.

V7 Special (foto atas kiri) mendapat kemasan biru-navi dengan strip perak, pelana coklat, dan rim jejari, manakala V7 Stone terdapat dalam tiga pilihan warna, Nero Ruvido (hitam), Azzurro Ghiaccio (biru), dan Arancione Rame (jingga).

V7 dijadualkan berada di pasaran antarabangsa pada awal tahun depan dan masih tiada maklumat mengenai pelancaran di Malaysia. Sebagai makluman, Malaysia memang sedia menawarkan model MotoGuzzi di pasaran pada harga sekitar RM70,000 - RM80,000.

BACA >>> Moto Guzzi V85TT - Enduro Klasik Kini Ada untuk Peminat Malaysia, Harga Mula RM78k
BACA >>> Moto Guzzi V7 III Rough di Malaysia, Pembeli Awal Dapat Harga Kasih Sayang RM69,900!

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Moto Guzzi, Moto Guzzi V7 (2021), neo retro, roda2, sportbike retro

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my