Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MOTO: Affendi Rosli Bangkit Semula Di Muar
Roda2

MOTO: Affendi Rosli Bangkit Semula Di Muar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/05/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CubPrix Pusingan Ke-3 - Pandulaju.comMOHD Affendi Rosli menyifatkan pasukannya sudah mula menemui rentak setelah berjaya meraih gelaran juara CP130 pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor, semalam.

Pelumba PETRONAS Yamaha-CKJ itu muncul juara setelah menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’08.555s sambil menyaksikan dua lagi gelaran menjadi milik pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor, Ahmad Fazli Sham di kedudukan kedua dan Abdul Muhaimin Roslan di tempat ketiga.

Fazli, juara pusingan pembukaan di Temerloh yang bermula dari petak terakhir  menggunakan sepenuh pengalaman dan keupayaan jentera untuk menamatkan saingan di tangga kedua dengan masa keseluruhan 16’08.768s manakala Muhaimin dengan masa 16’17.087s.

” Setelah dua pusingan berlalu, kami nampaknya mula menemui rentak sebagaimana yang ditunjukkan pada musim lepas. Meskipun aksi saya pada hari pertama tidak begitu baik, namun masih mampu beraksi dengan konsisten dan mencatat masa sepusingan yang agak pantas,” jelas Affendi yang kini menghuni tangga kelima keseluruhan dengan 33 mata.

CubPrix Pusingan Ke-3 - Pandulaju.comCP115

Sementara itu, beraksi di halaman sendiri menjadi tonik penting buat Kasma Daniel Kasmayudin apabila berjaya menjuarai perlumbaan CP115 dengan masa keseluruhan 13’51.526s.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor yang berasal dari Skudai, Johor itu menewaskan Mohd Fareez Afeez dari pasukan Felda PB Racing yang berjaya menaiki podium buat pertama kali sejak mula beraksi pada musim 2014. Anak jati Felda Bukit Besar, Kulai, Johor itu menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13’55.407s manakala pelumba M Seki Liberty Honda, Mohd Syafiq Rosli ketiga 13’57.246s.

Kemenangan itu kembali melonjakkan Kasma Daniel ke tangga kedua keseluruhan dengan 45 mata, hanya lima mata di belakang pendahulu, Tengku Amirul Haffirudin yang gagal menamatkan perlumbaan kali ini namun masih kekal mendahului kedudukan dengan 50 mata. Fareez naik ke tangga ketiga dengan 29 mata.

CubPrix Pusingan Ke-3 - Pandulaju.comWIRA

Bagi saingan Wira pula, Mohd Harith Farhan Baharin terus menjarakkan diri di kedudukan teratas setelah berjaya meraih kemenangan kedua pada musim ini untuk menjadikan podium ketiga berturut-turut dalam tiga pusingan.

Pelumba Kozi Yam Honda Racing itu melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 11’14.722s menewaskan Mohd Qhuwarismi Mohd Nasir di kedudukan kedua yang merupakan podium pertama untuk dirinya dan pasukan Weststar Motorsport dengan masa 11’17.259s. Mohd Irfan Rosnizam (Felda AFB Tech Cardinals Racing) ketiga, 11’17.699s.

Dengan dua kemenangan itu, Harith kini mengumpul 70 mata diikuti Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing) kedua dengan 45 mata dan Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Espada William Racing) ketiga, 34 mata.

KEPUTUSAN

CP130

  1. Affendi Rosli (Yamaha) 16’08.555s
  2. Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 16’08.768s
  3. Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 16’17.087s

CP115

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha) 13’51.526s
  2. Fareez Afeez (Yamaha) 13’55.407s
  3. Syafiq Rosli (Honda) 13’57.246s

WIRA

  1. Harith Farhan Baharin (Honda) 11’14.722s
  2. Qhuwarismi Mohd Nasir (Yamaha) 11’17.259s
  3. Irfan Rosnizam (Yamaha) 11’17.699s
CUB PRIX KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2015 MOHD Affendi Rosli Muar Petronas
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.