Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
Auto Terkini

MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) sedang membangunkan sistem aplikasi atau kaedah digital lain untuk pembatalan pendaftaran kenderaan motor secara atas talian.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, sistem tersebut bertujuan memudahkan mana-mana individu yang berhasrat melupuskan kenderaan buruk atau sudah rosak dengan membuat pembatalan pendaftaran kenderaan tanpa perlu hadir ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

BACA >>> Lagi Cadangan Lupus Kereta Lama untuk Atasi Trafik Sesak di KL
BACA >>> #SembangDeras: Sentimen Rakyat Malaysia Tentang Kereta Macam Orang Amerika dan Pistol

Beliau berkata;

Kenderaan buruk tersebut seterusnya akan boleh dilupuskan syarikat pelupusan sisa pepejal (Fasiliti Rawatan Automotif Rasmi – AATF) yang diiktiraf mengikut peraturan ditetapkan agensi berkaitan.

“Dengan pelaksanaan ini, diharap ia akan dapat menyelesaikan lambakan kenderaan buruk dan usang di Malaysia.”

Hasbi berkata demikian di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang meminta beliau menyatakan usaha Kerajaan dalam menguruskan pelupusan kenderaan buruk dan kenderaan akhir hayat (ELV) di samping menjaga kelestarian alam sekitar.

Hasbi menjelaskan perkara yang melibatkan pelupusan kenderaan dan kelestarian alam sekitar bukan hanya terletak bawah tanggungjawab Kementerian, tetapi turut melibatkan Kementerian lain seperti:

  • Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).
  • Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
  • Agensi-agensi Kerajaan lain.

Hasbi berkata lagi;

Kerajaan amat memberi perhatian kepada isu lambakan kenderaan motor yang tidak lagi sesuai digunakan atas jalan raya sama ada dari aspek road-worthiness (layak dipandu) atau keselamatan penggunaannya serta dari aspek pencemaran kepada alam sekitar.

“Dalam hal ini, Kementerian melalui JPJ sedia bekerjasama dengan agensi Kerajaan terlibat untuk mengkaji hala tuju jangka masa panjang mengenai perkara ini termasuk mengkaji konsep pelupusan kenderaan usang.

“Pelaksanaan sistem pelupusan ini berupaya menyumbang kepada peningkatan tahap keselamatan jalan raya, mengurangkan pencemaran daripada kenderaan lama dan berusia serta merancakkan permintaan kenderaan yang akan menyumbang kepada kelestarian sektor automotif negara.”

BACA >>> Menteri: JPJ, Majlis Bandaraya Akan Diberikan Kuasa Lupus Kereta Terbiar Lama
BACA >>> Thailand Bakal Lupus Kenderaan Berusia Lebih 20 Tahun

Auto Terkini Datuk Hasbi Habibollah Jabatan Pengangkutan Jalan Kementerian Pengangkutan (MOT) Lupus kereta lama Mohd. Sany Hamzan roda2 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.