• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: JPJ, Majlis Bandaraya Akan Diberikan Kuasa Lupus Kereta Terbiar Lama

Menteri: JPJ, Majlis Bandaraya Akan Diberikan Kuasa Lupus Kereta Terbiar Lama

December 11, 2018 By Han Othman Leave a Comment

615
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sembilan majlis bandaraya akan diberikan kuasa untuk membatalkan dan melupuskan kenderaan terbiar atau tersadai lama.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, undang-undang baharu itu akan dikuatkuasakan selepas pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan dibuat.  Pindaan itu juga akan membolehkan JPJ mengutip caj atas kelulusan cermin gelap kenderaan dan membatalkan pendaftaran untuk kenderaan dengan nombor casis diubah.

BACA >>> Menteri: Prototaip Projek Kereta Nasional Ketiga Akan Guna Geran R&D Kerajaan

Pembaharuan lain ialah sembilan majlis bandaraya di Semenanjung Malaysia, terdiri daripada Ipoh, Alor Setar, Petaling Jaya, Shah Alam, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Kuala Terengganu dan Iskandar Puteri, akan diberikan kuasa untuk melantik warden lalu lintas beruniform bagi membantu melancarkan lalu lintas dalam bandar.

Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018 itu dibentangkan Loke untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, semalam. Ia dijangka didebatkan dan diluluskan mesyuarat Parlimen.

Dalam sidang media doi lobi Parlimen, Loke berharap pindaan tersebut akan diluluskan dan digazetkan untuk dikuatkuasakan menjelang 2020. Beliau juga akan mengumumkan bayaran dikutip JPJ untuk kelulusan cermin gelap.

SUMBER: CarSifu

Related

615
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan, Anthony Loke, Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Kereta Tersadai, Menteri Pengangkutan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev