Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Modifikasi Gila Tukar Enjin Toyota 86 Kepada Ferrari 458 Italia
Bikin Auto

Modifikasi Gila Tukar Enjin Toyota 86 Kepada Ferrari 458 Italia

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

supercar-toyota-86-ferrari-458-italia
SEJAK Toyota 86 pertama kali diumumkan, kaki bikin atau tuner serata dunia sudah mula melakukan pelbagai eksperimen untuk memberikan lebih kuasa ke atas kereta sport tersebut. Sebutkan apa saja, semuanya sudah dilakukan daripada enjin pengecajturbo hingga supercharge, termasuk cuba mengahwinkannya dengan enjin lain.

Namun, kita belum lagi menyaksikan modifikasi segila dilakukan Ryan Tuerk apabila dia menggunakan enjin Ferrari 458 Italia sebagai ganti enjin asal Toyota 86.

Seperti anda bayangkan, memuatkan enjin V8 yang dibina khas untuk sebuah kereta berenjin tengah ke dalam ruang bonet kereta berenjin boxer bukanlah kerja mudah. Namun, dengan melaburkan sedikit masa dan wang, segalanya mungkin bagi Tuerk.

Walaupun modifikasi lengkap belum disempurnakan, tetapi Tuerk dan Donut Media kini berkongsi video sepanjang proses pembangunan  jentera ‘GT4586’ tersebut.

Hasilnya, dengarkanlah bunyi bising dan merdu yang dihasilkan deruman enjin V8 aspirasi natural (NA) yang diambil daripada Ferrari 458 Italia.

Donut Media turut memaparkan siaran Facebook Live selama 40 minit, di mana Tuerk meluangkan masa menjawab soalan dan menunjukkan proses modifikasi dilakukan. Jadi, tunggu apa lagi? Jika anda pemilik Toyota 86 dan ada pula enjin 458 Italia, sudah tentu anda boleh merujuk rakaman video langkah demi langkah itu untuk menukar jentera Jepun anda kepada sebuah mesin Itali paling berkuasa.

SUMBER: Donut Media

Bikin Kereta Ferrari Ferrari 458 Italia Modifikasi Toyota Toyota 86 Toyota GT4586
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
Roda4

Ferrari 12Cilindri Manuale 2027 – Gear Manual Tanpa Transmisi Manual!

07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

04/07/2026

1 Comment

  1. Saga3 on 14/11/2016 01:14

    Daripada JDM sportcar menjadi supercar. WoW..!!!

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.