Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Modenas Sah Lancar 3 Model Rebadge Bajaj 19 Mei Depan – Harga Serendah RM9,100?
Roda2

Modenas Sah Lancar 3 Model Rebadge Bajaj 19 Mei Depan – Harga Serendah RM9,100?

Abang GYLBy Abang GYL02/05/20174 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Bajaj Pulsar NS200SEPERTI dijangka, Modenas sah bakal memperkenalkan tiga model rebadge Bajaj pada 19 Mei depan.

Menerusi teaser dikeluarkan dalam laman facebook Modenas, ketiga-tiga model Bajaj itu terdiri daripada naked bike, sportbike dan Cafe Racer.

Sedia maklum, berita tentang kerjasama di antara Modenas dan syarikat pengeluar motosikal India, Bajaj Auto sudah lama berlegar sejak tahun lalu.

Berdasarkan sumber kami, dua model naked bike dan sportbike Bajaj yang bakal diperkenalkan itu akan dijana unit enjin bersesaran 200cc.

Model yang dimaksudkan ialah Bajaj Pulsar NS200 dan Bajaj Pulsar RS200. Yang pasti, kehadiran model ini bakal memberi saingan buat model KTM 200 Duke. Selain itu, sebuah lagi model yang bakal membuat kemunculan pada 19 Mei depan ialah Bajaj V.

Dari aspek rekabentuk, kami dimaklumkan ia tidak mengalami sebarang perubahan. Hanya logo Bajaj digantikan kepada Modenas. Selain dari itu, semuanya kekal sama termasuk aspek mekanikal.

BACA >>> Modenas Kembali ‘Ganas’, Lancar 3 Skuter – Modenas Karisma, Elegan & Kymco Downtown

BACA >>> Modenas Bakal Lancar 2 Model Rebadge Bajaj – Harga Bermula RM9,100?

HARGA SERENDAH RM9,100

Berdasarkan hasil risikan kami, harga bagi model Bajaj Pulsar NS200 bakal dijual sekitar RM9,100 seunit manakala Bajaj Pulsar RS200 pula kira-kira RM10,200 seunit. Bagaimanapun kami tidak menerima sebarang maklumat mengenai model Cafe Racer, Bajaj V.

Mari kita sama-sama nantikan kehadiran ketiga-tiga model rebadge Bajaj ini pada 19 Mei depan.

GALERI

Bajaj Pulsar NS200
Bajaj Auto Bajaj Pulsar NS200 Bajaj Pulsar RS200 bajaj v cafe racer modenas model rebadge Bajaj Modenas
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    ZXMoto Lancar 820RR-R Di China Dengan Harga Lebih Mampu Milik

    07/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    07/07/2026

    4 Comments

    1. aman nizan on 03/05/2017 17:53

      Hmm modenas modenas.. dia ni ibarat si luncai.. model yg dia ambik pun tak stim, tak menaikkan syahwat pun.. design cam sampah.. trending la bukan motor ni.. orang nak SUPER CUB 150.. apara mangkuk hayun.. biarla si luncai terjun dgn labunya.. haha kelakar betul

      Reply
      • Izhar on 04/05/2017 21:00

        Super cub mat cub… Moto no ada peminat sendiri. Nak supercub amik aja y150 dan honda apa tu nyah aku lupa.

        Mcm aku motor naked ni sesuai.. Cub kalu sakit pinggang.

        Asyik tgk fz je on the road. Bagilah variant lain plak utk kami.

        Reply
    2. joe on 03/05/2017 23:14

      supercub atau supermoped adalah kategori berbeza dari segmen motor di atas tuh…mana boleh bandingkan rasa sedap nasi goreng kampung dengan lamb chop…supercub, naked, full fairing ada peminat yang tersendiri. Maaf jika saya salah.

      Reply
    3. iwan ozïL on 04/05/2017 09:06

      Cun jgk… Masalah skang ni duit jer…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    By Syafie07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.