Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Pulsar NS200 Tiba-Tiba Terbakar, Salah Pasang Bateri Jadi Punca?
Auto Terkini

Modenas Pulsar NS200 Tiba-Tiba Terbakar, Salah Pasang Bateri Jadi Punca?

ZYBy ZY27/02/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PETANG tadi kami dikejutkan dengan perkongsian saudara Zulkifli Nasir, pemilik Modenas Pulsar NS200 dalam grup Facebook Modenas Pulsar Malaysia yang mendakwa motosikalnya itu terbakar tiba-tiba ketika sedang ditunggang. Menurut Zulkifli, dia sempat menyelamatkan diri dengan segera memberhentikan motosikal di bahu jalan apabila enjin mati mengejut sebelum asap putih keluar dari celahan bawah pelana dan api mula marak membakar hampir seluruh jenteranya itu.

Agak mengejutkan, kerana inilah kali pertama kami dilaporkan mengenai kebakaran melibatkan motosikal Modenas. Kebiasaannya, kes seumpama ini hanya terjadi pada kenderaan prestasi tinggi yang diimport dari negara beriklim sejuk. Modenas Pulsar pula direka di India dan sepatutnya tidak mengalami masalah seperti itu kerana cuaca negara itu juga  panas, tidak banyak berbeza dengan Malaysia.

BACA >>> Modenas Pulsar NS200 vs Yamaha FZ150i? 5 Perbandingan Streetbike Pilihan Rakyat Malaysia

Kami cuba mendapatkan penjelasan daripada wakil Modenas. Menurut pengeluar motosikal nasional itu, kebakaran tersebut berpunca akibat litar pintas disebabkan kedudukan bateri tidak betul.

Foto Pulsar NS200 milik Zulkifli yang terbakar. Kelihatan terminal bateri (bulat biru) menyentuh besi frem.

Daripada penjelasan diterima, posisi asal bateri adalah terminal diletakkan sebelah dalam (rujuk gambar bawah, kiri). Tetapi berlaku kesilapan, ada pengedar memasang bateri dalam posisi terbalik yang menyebabkan sentuhan berlaku antara terminal bateri dan frem hingga mengakibatkan litar pintas berlaku dan terbakar.

BACA >>> 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia

Bukan pertama kali kesilapan ini dikesan, Modenas sebenarnya telah mengambil langkah proaktif dengan menjadikan pemeriksaan bateri sebagai rutin servis selain mengedarkan risalah buletin mengenai pemasangan bateri betul kepada pengedar-pengedar.

Posisi bateri betul (KIRI), terminal sebelah dalam. Kredit foto: Faz Fazrin, MPOC

Malah, Modenas turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menambat kabel terminal supaya tidak mudah dipasangkan terbalik (anak panah merah, gambar atas kiri). Namun, masalah masih terjadi apabila penambat sengaja dipotong pada motosikal baru diterima pemilik bagi memudahan terminal dipasang arah bertentangan (gambar atas, kanan).

Kami berharap pemilik dan bakal pemilik Modenas Pulsar NS200, RS200 dan V15 supaya memeriksa semula pemasangan bateri motosikal anda seperti dinyatakan dalam buku manual (jangan simpan buat belacan pula). Kepada saudara Zulkifli, kami harap anda tabah menghadapi musibah ini.

SUMBER: Facebook Modenas Pulsar RS200, NS200, V15 Malaysia

Auto Terkini Modenas modenas pulsar NS200 pulsar ns200 Pulsar NS200 terbakar roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda4

JETOUR T1 Rasmi Dilancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM129,800!

23/07/2026
Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026

2 Comments

  1. Sem on 27/02/2018 23:44

    Kesian,bertabahlah bro

    Reply
  2. zharif on 22/01/2020 10:02

    nk tnye.la knape highbeam fuse trbakar
    da tukar fuse trbakar smula

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.