Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Pulsar NS160 Lancar di Malaysia, Harga RM7.5k
Auto Terkini

Modenas Pulsar NS160 Lancar di Malaysia, Harga RM7.5k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/09/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODENAS sebentar tadi melancarkan streetbike naked baharu, Pulsar NS160 untuk pasaran tempatan, dengan menetapkan sasaran jualan sebanyak 1,500 unit setahun.

Dijadualkan berada di pasaran pada Oktober depan, model ini asalnya terlebih dulu dilancarkan di India pada 2017.
Trenkuasa NS160 dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 160.3cc SOHC dengan teknologi dwi palam pencucuh DTS-i dan penyejukan minyak, manakala transmisi menggunakan klac manual 5-kelajuan (6-kelajuan untuk NS200).

Atas jalan, streetbike ini mampu menjana kuasa maksimum 15.20hp dan tork 14.60Nm.

Harga jualan serendah RM7,577 pasti menarik minat dan cukup kompetitif dalam pasaran motosikal bersesaran 150cc hingga 200cc. Dimensi jentera yang direka untuk penunggang muda dan peminat gaya tunggangan dinamik, persis model NS200.

Pilihan dua warna, putih dan biru menyerlahkan karakter sporty NS160. Pemuka dipasangkan kluster instrumen digital dan analog yang memaparkan maklumat jentera dan tunggangan.  Sistem brek diserahkan kepada set brek cakera hidraulik kembar dengan rim 17 inci yang dibalut tayar 90/90 (depan) dan  110/80 (belakang).

BACA >>> Perbandingan: Spesifikasi Benelli 150S (2019) vs Modenas Pulsar NS200

Sistem suspensi Pulsar NS160 dilengkapkan monoshock Nitrox yang sesuai untuk tunggangan jarak dekat dan sederhana sama ada dalam bandar atau pedalaman. Kapasiti tangki minyak 12 liter mampu memberikan jarak perjalanan sejauh 400km. Boleh tahan!

Rekabentuk badan garang dan sporty diserikan teknologi LED untuk lampu utama dan lampu signal.

BACA >>> Bajaj Pulsar NS160 Lancar di India, harga ₹80,648 (RM5,359)

GALERI
Auto Terkini Bajaj Pulsar NS160 Modenas Modenas Pulsar NS160 naked bike roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental di Thailand

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026

    3 Comments

    1. Alson P on 04/10/2019 21:21

      Medenas sepatutnya sudah boleh lancarkan kapcai 150cc dan 200cc tahun lalu menggunakan platform dan enjin yang dibangunkan 3 tahun lalu… Menggunakan platform yang sama (kapcai) modenas boleh upgrade enjin yang sama kepada 250cc dan boleh diperkenalkan tahun hadapan…

      Pelbagaikan model dan varian yang menggunakan platform yang sama boleh menjimatkan kos pembangunan yang sememangnya tinggi.. Pasaran kapcai sangat tinggi di asia tenggara, termasuk malaysia..

      Reply
    2. zack on 11/03/2020 11:44

      kalau 160cc ni,fun bike atau bukan?

      Reply
    3. Puvaneswari on 27/08/2020 12:57

      Warna puthi

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.