Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
Roda2

#MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi

Han OthmanBy Han Othman08/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBSIDIARI DRB-Hicom, Modenas hari ini melancarkan empat model baharu membabitkan tiga segmen utama dari motosikal elektrik untuk mobiliti bandar hingga model touring kuasa tinggi.

Modenas memperkenalkan dua model dalam siri Modenas MEV, Modenas Kymco DTX 250, dan Kawasaki Ninja H2 SX SE yang menunjukkan komitmen berterusan terhadap keperluan penunggang moden Malaysia.

Siri Modenas MEV – Masa Depan Mobiliti Elektrik Bermula

MEV-2 – Gaya Hidup Bandar Masa Kini

Model skuter elektrik ini direka khas untuk kegunaan harian dalam bandar dengan jarak tunggangan 107km, dan kuasa 5.1kW (6.8hp), manakala kelajuan maksimum 80kmj. Dengan dua bateri litium ATL dan ciri pengecasan atas papan (onboard), MEV-2 memberikan nilai terbaik pada harga RM9,878, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Skuter elektrik ini tampil ringkas, mesra alam, dan bergaya.

MEV-1 PRO dan MEV-1 PRO SX – Lebih Jauh, Lebih Berkuasa

Bagi yang mahukan perjalanan luar bandar atau harian jarak jauh, MEV-1 PRO menawarkan jarak tunggangan 135km dengan output kuasa 4.9kW (6.6hp) dan kelajuan 85kmj. Ini ditambah tork dipertingkat untuk pecutan lancar dan sistem brek kombi (CBS).

Model ini sesuai untuk penunggang aktif, dan dijual pada harga bermula RM13,470.

Modenas Kymco DTX 250 – Skuter Dwi-Guna Versatil

Skuter urban bergaya ini didatangkan dengan enjin 246cc berkuasa 17.0kW dan tork 23Nm, dengan transmisi automatik CVT. Model ini turut dilengkapi  ciri moden seperti sistem penghidup tanpa kunci (keyless), lampu LED penuh, dan meter digital.

Modenas DTX 250 menjanjikan tunggangan mantap dan sesuai untuk pengembaraan hujung minggu pada harga pasaran RM22,500.

Kawasaki Ninja H2 SX SE – Kuasa, Prestasi & Touring Mewah

Buat penggemar sport-touring sejati, Modenas melancarkan Kawasaki Ninja H2 SX SE yang dijana enjin 4-lejang 998cc supercharged dengan output kuasa maksimum 210ps, dan dilengkapi teknologi elektronik canggih seperti KECS, KIBS, dan KIPASS.

Sesuai status sebagai simbol kejuruteraan Kawasaki Ninja H2 SX SE dijual pada harga RM129,400.

Komitmen Modenas ke Arah Masa Depan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan, berkata;

Pelancaran ini mencerminkan komitmen kami terhadap mobiliti lebih hijau dan menepati keperluan pelbagai lapisan penunggang Malaysia dari pengguna bandar, hingga penunggang prestasi tinggi.”

Modenas mengalu-alukan semua peminat motosikal mengunjungi reruai pengeluar motosikal nasional itu di Malaysia Autoshow 2025, dan mencuba sendiri model baharu tersebut, termasuk bertanya terus kepada wakil sah.

 

Auto Terkini DRB-Hicom Kawasaki Ninja H2 SX SE Modenas Modenas Kymco DTX 250 Modenas MEV-1 PRO Modenas MEV-1 PRO SX Modenas MEV-2 roda2
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.