Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Lancar Kawasaki Ninja ZX-25R Pada Jun/Julai, Harga Bawah RM35k?
Auto Terkini

Modenas Lancar Kawasaki Ninja ZX-25R Pada Jun/Julai, Harga Bawah RM35k?

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize14/02/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MENURUT sumber kami di Modenas, Kawasaki Ninja ZX-25R dijangka bakal dilancarkan pada pertengahan tahun ini atau lebih tepat dalam bulan Jun atau Julai pada harga anggaran sekitar RM35,000.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan sebelum ini telah mengesahkan bahawa model ini bakal dibawa masuk ke Malaysia sebagai motosikal Modenas dan bakal dipasang di negara ini secara CKD, memandangkan ia masih lagi di bawah 250cc.

Berdasarkan perjanjian kerjasama antara Kawasaki dan Modenas, semua model Kawasaki yang dipasang di sini bakal dilencanakan semula dengan lencana Modenas, seperti yang berlaku pada Modenas Ninja 250 dan Modenas Z250.

Walaupun harganya masih misteri, perbandingan kasar dapat dibuat berdasarkan harga jentera ini di pasaran serantau memandangkan jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Di Filipina, ZX-25R dijual pada harga 410,000 PHP (RM32,566) manakala di Thailand ia dijual pada harga 299,000 baht (RM38,417). Di Indonesia pula, pasaran itu menerima 3 varian berbeza iaitu ZX-25R berharga Rp105,000,000 (RM30,138), ZX-25R ABS SE berharga Rp 123,500,000 (RM35,439) serta ZX-25RR pada harga Rp 129,900,000 (RM37,275). 

Berdasarkan sumber kami di Modenas, harga Kawasaki Ninja ZX-25R ini mungkin berada dalam lingkungan RM35,000 atau lebih murah kerana pada tahun lalu, CEO Modenas berkata memandangkan ia bakal membawa lencana Modenas dan dipasang di sini, harganya bakal menjadi lebih ‘menarik’.

Motor ini juga dikatakan bakal ditawarkan dalam beberapa pilihan varian, menandakan ia mungkin bakal hadir dengan varian standard, SE atau RR.

ZX-25R merupakan sebuah Sportbike 250cc paling berkuasa di dunia dengan enjin empat strok, empat silinder berkapasiti 249.8cc DOHC dengan sejukan cecair yang menghasilkan output 51PS @ 15,500rpm (dengan Ram Air) serta 22.9 Nm @ 14,500rpm dan mampu mencapai 197 kilometer sejam sebagai kelajuan maksimum.

Enjin tersebut dipadankan bersama transmisi enam kelajuan bersama klac jenis Assist dan Slipper. Antara perincian lain termasuklah mod tunggangan, kawalan cengkaman KTRC, casis trellis, Throttle valve elektronik, fork USD SFF-BP 37 mm di depan dan monoshock Horizontal Back-link dengan pelarasan pra beban di belakang.

Kemasukan Kawasaki ZX-25R ini ke dalam pasaran Malaysia bakal memberi saingan kepada Honda CBR250RR yang ketika ini dianggap sebagai Raja Sportbike 250cc di Malaysia. Antara CBR250RR atau ZX-25R, mana satu lebih padu bagi anda?

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R ABS SE Bakal Jadi CKD, Tiba Pertengahan 2023, Harga Sekitar RM32k?
BACA >>> Kawasaki Indonesia Lancar Ninja ZX-25RR (2023), Naik Taraf ZX-25R (2023)!

CEO Modenas CKD Filipina Indonesia Kawasaki Ninja ZX-25R Modenas Modenas Ninja ZX-25R (2023) Roslan Roskan Thailand
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026

    1 Comment

    1. Jason on 28/06/2023 16:35

      It’s already July, when will Modenas going to launch this model? I want to buy it so bad man. Hope it can release as CKD version as Modenas logo to drag the price more affordable. I hope it will be like the price of Honda CBR 250R. When will Modenas going to launch ZX-25R please?

      I’m seeing the press every day hopefully the CEO of Modenas will keep it’s promise saying it will be launch in mid of 2023 which is now.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.