Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Modenas Dominar 400 Sah Masuk Malaysia Tahun Hadapan – Kelajuan Maksimum 152kmj!
Roda2

Modenas Dominar 400 Sah Masuk Malaysia Tahun Hadapan – Kelajuan Maksimum 152kmj!

Abang GYLBy Abang GYL03/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

modenas dominar 400 MalaysiaSEBELUM ini kami pernah menyiarkan sekeping foto Dominar 400 yang dikesan sedang diuji Modenas. Motosikal naked bike itu berjaya dirakamkan Mohammad Nazri di stesen minyak Petronas dekat pekan Gurun, Kedah.

Baru-baru ini saya bersama beberapa rakan media lain dijemput Modenas untuk melawat kilang Bajaj Auto Ltd (BAL) di Pune, India. Selain melawat kilang BAL yang serba canggih, kami turut diberi peluang menunggang uji model Dominar 400 yang dijangka memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Kami juga sempat bertanya bilakah Modenas Dominar 400 (nama versi Malaysia iika sah lancar) akan diperkenalkan? Jawapan diberikan, tidak lama lagi, tunggu! Berdasarkan risikan kami, Dominar 400 bakal diperkenalkan awal tahun hadapan. Ini bermakna, suku pertama 2018 (Jan – Mac).

Ya, pihak Modenas juga sudah mengesahkan Dominar 400 bakal menjadi model penjenamaan semula (rebadged) keempat Bajaj untuk pasaran Malaysia berikutan penerimaan positif pembeli tempatan terhadap model Pulsar dan V15.

BACA >>> Bajaj Pulsar NS160 Lancar di India, harga ₹80,648 (RM5,359)

modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400

ENJIN 373CC – KELAJUAN MAKSIMUM 160KMJ?

Modenas Dominar 400 ialah motosikal streetbike dengan enjin silinder tunggal bersesaran 373cc DTS-i yang turut digunakan KTM Duke 390. Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, motosikal itu mampu menghasilkan kuasa 35hp pada 8,000rpm berserta tork 35Nm (6,500rpm). Pecutan 0-100kmj pula mampu dibuat sepantas 8.2 saat.

Modenas Dominar 400 juga mampu memecut pada kelajuan maksimum 160kmj berdasarkan beberapa video yang dimuat naik beberapa pengguna dalam laman perkongsian video, YouTube.

Bagaimanapun, ketika diberikan peluang melenjan Dominar 400 di litar BAL, kami hanya mampu memecut hingga 152kmj. Ini disebabkan trek lurus dalam litar berkenaan hanya sepanjang 1km, dan kami yakin jentera tersebut boleh pergi lebih pantas.

Aspek tunggangan langsung tidak jadi masalah, terutama jika anda penunggang berbadan besar dan sado seperti saya. Apa yang kami mahu katakan, Modenas Dominar 400 bakal jadi motosikal kegemaran ramai rakyat Malaysia!

BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!

meter modenas dominar 400
tunggang uji modenas dominar 400

HARGA SEKITAR RM18,000?

Ini soalan paling awal kami tanya? Bagaimanapun, Modenas enggan mendedahkan harga jualan, sebaliknya meminta kami buat anggaran sendiri. Ramalan kami, semestinya motodikal itu akan dijual pada harga ‘tidak masuk akal’. Mungkin di bawah RM20,000 atau sekitar RM18,000, sama seperti harga mengejutkan yang diumumkan untuk Modenas Pulsar NS, RS dan V15. Jadi, memang tidak hairan jika Modenas Dominar 400 turut mengikut jejak langkah adik-adiknya.

Kepada anda yang ternanti-nanti kehadiran Modenas Dominar 400, masih sempat lagi anda menabung dengan gigih. Paling penting, dapatkan lesen B dahulu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 🙂

Kredit Foto: Hezeri Samsuri

GALERI

Harga modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar d400 Malaysia
modenas dominar 400
modenas dominar 400
meter modenas dominar 400
enjin modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
lampu modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
lampu belakang modenas dominar 400
tunggang uji modenas dominar 400
bajaj dominar 400 bajaj dominar 400 Malaysia Enjin Modenas Dominar 400 harga bajaj dominar 400 harga modenas dominar 400 modenas dominar 400 modenas dominar 400 malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    ZXMoto Lancar 820RR-R Di China Dengan Harga Lebih Mampu Milik

    07/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    By Syafie07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.