Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Xpander Cross (2022) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM93k!
Roda4

Mitsubishi Xpander Cross (2022) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM93k!

Abang HirataBy Abang Hirata14/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS memperkenalkan Xpander versi dipertingkat (facelift) pada November 2021, Mitsubishi Motors kembali dengan memperkenalkan Xpander Cross (2022) di Indonesia.

Kenapa perlu ada dua Xpander? Ini sama juga seperti Perodua dan Proton yang masing-masing menawarkan Axia STYLE dan Iriz Active dengan gayaan lasak dan sporty.

BACA >>> Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
BACA >>> Mitsubishi Xpander Limited Edition (2021) Lancar Di Vietnam, Harga Mula RM115k!

Selepas debut di Pameran Motor Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2022, Xpander Cross (2022) mula dijual kepada umum bermula 11 Ogos lalu. Model kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dikeluarkan dari kilang Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia yang bakal ditawarkan ke beberapa pasaran negara Asean lain.

Seperkara perlu diketahui, Xpander ialah MPV bukan nasional terlaris di Malaysia dengan jualan 9,065 unit pada 2021 (April 2021-Mac 2022). Malah di Indonesia, MPV itu  mampu bersaing hebat dengan Toyota Avanza yang menjadi model popular sejak sekian lama.

Berikut prestasi jualan Xpander Cross dan Xpander:

  • Xpander Cross dilancarkan di Indonesia pada 2019 dan dijual di Asean, Timur Tengah, Amerika Latin, Asia Selatan dan Afrika.
  • Jualan Xpander Cross dan Xpander (dilancarkan pada 2017) setakat Julai 2022 sudah mencecah lebih 470,000 unit!
  • Lebih 110,000 unit dijual pada tahun fiskal 2021 (April 2021 – Mac 2022).
  • Model ketiga terlaris Mitsubishi Motors.

Ciri-ciri Mitsubishi Xpander Cross 2022

Rekabentuk Luar
  • Gaya depan Dynamic Shield baharu dengan gril besar corak trapezoid dan bawah bampar dengan rekaan palang pelindung.
  • Secara asas, bahagian depan nampak lebih komplikated berbanding sebelum ini.
  • Lampu utama bentuk T bagi menyerkahkan profil badan lebar.
  • Lampu signal yang sebelum ini di bawah lampu utama kini dinaikkan ke lampu atas berserta lampu posisi supaya lebih senang dipandang pemandu lain.

  • Anjur depan (overhang) depan dan belakang dipanjangkan kepada 95mm.
  • Bonet lebih tebal bagi menghasilkan perkadaran lebih dinamik dan stabil.
  • Rim aloi 17 inci dwi-tona dan medium gray (kelabu).
  • Skema medium gray diteruskan dengan warna kelabu pada plat skid depan dan belakang, termasuk pendakap pintu.
  • Rel bumbung hitam
  • Pintu but belakang tiga dimensi (3D). Jumlah garis berasingan dikurangkan untuk bentuk lebih halus.
  • Lampu kombi belakang dengan corak T melintang. Lampu henti LED ditambah pada kluster lampu belakang bagi menambah baik penglihatan pada malam.
  • Warna badan baharu, Green Bronze Metallic selain warna sedia ada, Quartz White Pearl, Blade Silver Metallic, Graphite Gray Metallic dan Jet Black Mica.
  • Tinggi atau jarak lega bumi sama seperti Xpander, 220mm (CVT) dan 225mm (manual).
  • Lebih lebar berbanding Xpander, atau 40mm kepada 1,790mm.
Dalaman

  • Papan pemuka dan stereng baharu lebih besar ala Triton.
  • Unit infotainment LCD lapan inci lebih intuitif dan mudah digunakan.
  • Kluster instrumen digital.
  • Kawalan penyaman udara digital.
  • Pengecas wayarles.
Pengendalian dan Pemanduan

  • Dilengkapi Kawalan Yaw Aktif (Active Yaw Control, AYC) bagu membantu meningkatkan prestasi di selekoh dengan melaras daya brek pada roda depan.
  • AYC berfungsi berdasarkan pelbagai maklumat seperti sudut stereng, kadar rewang (yaw rate) atau pesongan, daya G lateral dan longitud, tekanan brek dan halaju roda bagi menilai operasi pemanduan dan karakter kenderaan.
  • Kemudian kawalan brek akan diaplikasi untuk pemvektoran tork (torque vectoring) antara roda depan supaya kenderaan memberikan respona mengikut kehendak pemandu.
  • Apabila mengambil selekoh atas permukaan basah, AYC akan membrek roda depan sebelah dalam, sekali gus mengurangkan situasi belokan kurang (understeer) yang membolehkan kereta dipandu mengikut haluan dikehendaki.
  • Bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Stabiliti Aktif (ASC), pakej elektronik ini menawarkan pemanduan selamat dan selesa dalam pelbagai kondisi cuaca dan jalan raya.
  • Bahagian cagak absorber depan diperkuat, manakala saiz silinder absorber belakang dibesarkan.
  • Injap prestasi tinggi baharu pada suspensi depan dan belakang dengan memberikan pemanduan lebih selesa walaupun meredah permukaan jalan kasar.
Trenkuasa
  • 1.5L 4A91 MIVEC.
  • 103hp @ 6,000 rpm dan tork 141Nm @ 4,000 rpm
  • Transmisi manual 5-kelajuan dan automatik CVT.
Harga
  • Xpander Cross MT – Rp309.95 juta (RM93,760)
  • Xpander Cross Premium CVT – Rp335.75 juta (RM101,570)

BACA >>> 6 Sebab Kenapa Mesti Pilih Mitsubishi Xpander!
BACA >>> Mitsubishi eK X EV (2022) dengan Harga Mula RM59.6k, Termasuk Subsidi!

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Mitsubishi Mitsubishi Motors Mitsubishi Xpander Mitsubishi Xpander Cross Mitsubishi Xpander Cross 2022 MPV Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.