Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Triton VGT Baharu – Trak Pikap Pertama Guna Enjin Aluminium
Roda4

Mitsubishi Triton VGT Baharu – Trak Pikap Pertama Guna Enjin Aluminium

Abang GYLBy Abang GYL05/09/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mitsubishi Triton VGT baharuMITSUBISHI Triton VGT baharu menjadi trak pikap pertama di Malaysia menggunakan enjin diesel aluminium dengan penawaran prestasi lebih berkuasa dan jimat minyak.

Masih lagi mengekalkan varian sedia ada, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) turut memperkenalkan varian baharu iaitu Mitsubishi Triton VGT Adventure X dengan menampilkan warna baharu dan lebih sporty.

Mitsubishi Triton VGT

HARGA: (Termasuk GST & insurans)

  • Mitsubishi Triton VGT Adventure X 4×4 AT – RM128,800
  • Mitsubishi Triton VGT Adventure 4×4 AT – RM121,800
  • Mitsubishi Triton VGT 4×4 AT – RM112,800
  • Mitsubishi Triton VGT 4×4 MT – RM105,780
  • Mitsubishi Triton 4×4 MT – RM91,800
  • Mitsubushi Triton Quest 4×2 MT – RM75,800

JAMINAN

  • Tiga tahun atau 100,000km bersama percuma penyenggaraan selama dua tahun.

Mitsubishi Triton VGT baharu_Pandulajudotcomdotmy (21)ENJIN ALUMINIUM

Dikuasakan blok aloi aluminium turbo diesel 2.4L MIVEC dengan VGT, Mitsubishi Triton baharu ini menampilkan hamburan kuasa lebih tinggi selain mampu menjimatkan minyak sehingga 15 peratus.

Berbanding versi terdahulu, enjin aluminium pada Mitsubishi Triton VGT baharu ini 30kg lebih ringan. Ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 178hp dan tork puncak 430Nm.

Mitsubishi Triton VGT baharu_Pandulajudotcomdotmy (16)KABIN SENYAP

Biarpun hadir sebagai trak pikap, MMM berjaya menambahbaik kadar kesenyapan ruang kabin (NVH) untuk menjadikan ia lebih seronok dipandu.

Mitsubishi Triton VGT Adventure X
Mitsubishi Triton VGT
Mitsubishi Triton VGT

APA YANG MENARIK

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand, Mitsubishi Triton VGT Adventure X didatangkan dengan aksesori Shield Extender bagi bampar hadapan, bar sport baharu beserta fullbox dan rim dwi-warna bersaiz 17-inci. Ia juga menerima warna baharu iaitu Impluse Blue (biru).

Manakala varian sedia ada turut menerima peningkatan dari segi;

  • Lampu hadapan Bi-Xenon HID automatik
  • Lampu siang LED
  • Lampu kabus belakang

DALAMAN KEKAL

Ruang dalaman trak pikap baharu ini masih kekal sama. Ia dilengkapi sistem kemasukan tanpa kunci, Kawalan Suhu Dua Zon dan pedal anjakan. Tugasan ruang hiburan diserahkan kepada sistem audio sesentuh bersama kamera undur.

Semua model 4×4 juga dilengkapi sistem Easy Select 4WD. Pemandu boleh menukar daripada 2WD kepada 4WD tanpa perlu memberhentikan kenderaan, tetapi kelajuan tidak melebihi 100kmj. Bagaimanapun,ย penukaran kepada 4WD-Lo bagi penggunaan jalan off-road memerlukan ย pemandu memberhentikan kenderaan.

Bagi anda yang berminat mahu memandu uji dan membuat tempahan, Mitsubishi Triton VGT Adventure X akan berada di bilik pameran Mitsubishi mulai 23 September.

GALERI

Mitsubishi Triton VGT Adventure X
Mitsubishi Triton VGT
Mitsubishi Triton VGT
Mitsubishi Triton VGT
Mitsubishi Triton VGT
Mitsubishi Triton VGT
Mitsubishi Triton VGT
Mitsubishi Triton VGT
Mitsubishi Triton VGT
Mitsubishi Triton VGT
enjin aluminium Mitsubishi Motors Malaysia Mitsubishi Triton Mitsubishi Triton VGT Mitsubishi Triton VGT Adventure X Mitsubishi Triton VGT baharu MIVEC Trak pikap
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Audi Q5 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM352,990

    06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    07/05/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    06/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    06/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia โ€“ Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.