Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Triton Champion Xperience Peluang Terbaik Uji Kehebatan Trak Pikap Triton
Auto Terkini

Mitsubishi Triton Champion Xperience Peluang Terbaik Uji Kehebatan Trak Pikap Triton

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ACARA Mitsubishi Triton Champion Xperience 2023 yang bermula hari ini memberi peluang keemasan untuk anda memahami karakter sebenar trak pikap Mitsubishi Triton.

Dua sesi pemanduan disediakan di lokasi acara. Pertama ialah sesi taxi rides yang dikendalikan dua pemandu rali berpengalaman lebih 30 tahun dalam sukan berkenaan.

Sesi taxi rides membawa anda merasai pengalaman meredah laluan berpasir, berbatu dengan permukaan jalan berlubang serta beberapa pusingan/selekoh tajam pada kelajuan yang dirahsiakan.

Sesi pandu uji pula lebih santai dan memberi anda peluang menguji mode off-road Triton dan sistem pacuan Mitsubishi Motors Super-Select 4WD II. Anda bakal meredah laluan menghijau tetapi ada cabaran yang menanti.

@pandulajuNak rasa drive off-road dan rali guna Mitsubishi Triton? Datang je Mitsubishi Triton Champion Xperience weekend ni. Masuk PERCUMA!♬ original sound – PanduLaju

Mod off-road Mitsubishi Triton dibahagikan kepada empat opsyen pemanduan: Gravel, Sand, Muddy, dan Rock untuk tambahan cengkaman.

Program ini adalah Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) yang diadakan selama dua hari di Shah Alam, Selangor. Ini perincian jadual dan lokasi acara:

Mitsubishi Triton Champion Xperience 2023

  • Tarikh: 24 – 25 Jun 2023 (Sabtu dan Ahad)
  • Masa: 9 pagi – 6 petang
  • Lokasi: Tanamera Experience, Shah Alam di Selangor.
  • Bayaran Masuk: Percuma

Peserta pandu uji boleh menangi beberapa hadiah menarik termasuk baju-T Champion Xperience, tambah nilai Touch N’ Go dan beg North Face Explore Bardu II, tertakluk terma dan syarat.

Selain sesi pemanduan, anda boleh melihat model kenderaan Mitsubishi yang dipamerkan di lokasi acara dan melihat sendiri sejarah pembabitan Mitsubishi dalam:

  • World Rally Championship (WRC)
  • Mitsubishi Motors Motorsports
  • Asia Cross Country Rally
  • Dakar Rally

Ada juga beberapa aktiviti disediakan untuk kanak-kanak di dalam khemah utama selain pameran kenderaan jenama Mitsubishi.
Tempahan untuk Triton juga dibuat pada hari acara dan ada promosi eksklusif sah hingga 30 Jun ini, dan satu bekas air Stanley.

Harga atas jalan tanpa insurans trak pikap Mitsubishi Triton bermula RM105,000. Mitsubishi XPander pula berharga serendah RM99,980.

Harga adalah termasuk cukai jualan dan perkhidmatan 10 peratus, untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia. Tunggu apa lagi?

autoterkini Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Triton Champion Xperience 2023 off-road Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.