Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Outlander 2.4L CKD Kini di Pasaran, Diskaun Hingga RM4,000
Auto Terkini

Mitsubishi Outlander 2.4L CKD Kini di Pasaran, Diskaun Hingga RM4,000

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/01/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM), selaku pengedar rasmi jenama Mitsubishi di Malaysia, memperkenalkan Mitsubishi Outlander 2.4L versi pemasangan tempatan (CKD), sekali gus melengkapkan varian CKD kenderaan utiliti sukan (SUV) itu, Outlander 2.0L yang terlebih dahulu diperkenalkan pada September tahun lalu.

ENJIN 2.4L DOHC MIVEC

Outlander 2.4L dijana enjin 2.4L DOHC MIVEC berkuasa 164hp dan tork 222Nm dengan transmisi INVECS-III CVT bersama pedal anjakan untuk penukaran gear lebih mudah.

BACA >>> #PanduUji: Mitsubishi Outlander CKD, SUV 7-Tempat Duduk, Harga Pula Tak Masuk Akal!

Outlander dilengkapi sistem pacuan empat-roda (4WD) pintar, di mana sistem Multi-Select 4WD didatangkan dalam tiga mod, iaitu 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock yang boleh dipilih mengikut kesesuaian rupa bumi dan halangan.

CIRI KESELAMATAN LENGKAP

Ciri keselamatan Outlander dilengkapkan 7-beg udara, 4WD, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Aktif (ASC) dengan Kawalan Traksi (TC), Bantuan Mula Daki (HSA)  dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX . Tambahan kepada varian 2.4L ialah Brek Parkir Elektronik (EPB) berserta Bantuan Pegun Auto (AHA) yang membolehkan kenderaan pegun secara automatik ketika berhenti di lampu isyarat tanpa perlu menekan brek atau menarik brek tangan.

BACA >>> Inilah 5 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Pilih Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD CKD!

Lagi pelengkap ciri keselamatan Outlander ialah Sistem Batal Brek (Brake Override System-BOS) yang mampu menghalang situasi pemandu tertekan pedal minyak dan brek secara serentak. Dalam situasi tersebut, BOS akan memberi keutamaan kepada pedal brek.

Outlander turut dilengkapi Peringatan Rehat (Rest Reminder) yang akan mengingatkan pemandu supaya berhenti berehat sebentar apabila keletihan.

Kerja memarkir juga jadi lebih mudah dengan ciri Monitor Keliling (All Round Monitor) yang memaparkan visual 360°, termasuk Perakam Video Digital (DVR) yang berfungsi sebagai kamera pemuka (dashcam) untuk merakamkan seabarang situasi sepanjang pemanduan.

CIRI SUV PREMIUM

Mitsubishi Outlander 2.4L menampilkan ciri premium seperti berikut:

  • Lampu depan LED dengan lampu siang LED.
  • Lampu belakang LED.
  • Rim aloi 18-inci dua tona.
  • Spoiler belakang aerodinamik.
  • Pintu but elektronik bersama ciri anti-jepit.

HARGA KOMPETITIF

Bersama pilihan warna hitam, merah dan warna baru, putih Solar White Ruby, Outlander 2.4L dijual pada harga RM155,000 (termasuk GST, tanpa insurans). Menariknya, pelanggan yang membeli model ini  akan diberikan diskaun hingga RM4,000 sempena promosi Tahun Baru Cina.

2 TAHUN SERVIS PERCUMA

Dua tahun penyenggaraan percuma dan waranti standard kilang selama lima tahun, tanpa had perbatuan.

GALERI

 

4x4 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD CKD Mitsubishi Outlander 2.4L CKD Outlander Outlander 2.4L Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.