Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Inilah 5 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Pilih Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD CKD!
Roda4

Inilah 5 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Pilih Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD CKD!

Abang GYLBy Abang GYL13/10/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda sedang tercari-cari kenderaan utiliti sukan (SUV) luas dan serba praktikal pada harga berbaloi, Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD versi pemasangan tempatan (CKD) ini patut dimasukkan dalam senarai pembelian terbaik.

Kenapa mesti Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD CKD? Semestinya kami ada alasan kukuh kenapa SUV ini disenarai pendek. Sebenarnya ada banyak alasan, tetapi kami ringkaskan kepada 5 sebab utama yang mesti anda baca:

1. HARGA MURAH GILA!

Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander

Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD versi CKD dijual pada harga RM139,988. Ya, jika dibandingkan pesaing lain dalam kelas sama, harga ini boleh dikatakan agak tidak masuk akal dan melawan arus jika mengambil kira spesifikasi dan ciri pacuan empat roda (4WD) yang ditawarkan. Apapun, terima kasih kepada versi CKD yang banyak membantu meletakkan SUV ini pada harga cukup kompetitif. Apa yang pasti, kualiti pemasangan adalah setaraf versi import (CBU). Mengapa bayar lebih?

2. ENJIN ADA POWER

SUV ini dijana enjin DOHC MIVEC 2.0L berkuasa 142hp dan tork 196Nm dengan transmisi variabel berterusan (CVT) INVECS-III selain menampilkan sistem 4WD pintar sebagai ciri standard. Berbeza berbanding sistem 4WD on-demand, sistem Multi-Select 4WD menawarkan tiga opsyen mod – 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock – yang boleh disesuaikan mengikut kondisi dan permukaan rupa bumi. Cukup versatil dan serba boleh!

3. REKAAN MENGGIURKAN

Sekali pandang, kami yakin anda pasti boleh jatuh cinta dengan Mitsubishi Outlander yang mengetengahkan rekaan penuh bergaya berasaskan bahasa rekabentuk signatur, Perisai Dinamik (Dynamic Shield). Penampilan paling  menonjol sudah tentu imej lampu siang (DRL) LED dan rim aloi 18-inci. Sporty dan elegan bersatu!

4. RUANG KABIN LUAS – 7 TEMPAT DUDUK

Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander
Pandu uji Mitsubishi Outlander

Khas buat anda yang sudah berfamili, Mitsubishi Outlander CKD ini menawarkan lebih daripada sekadar ruang 7 tempat duduk luas yang memenuhi keperluan keluarga anda. Malah, ruang but bersaiz 1,608 liter antara terbaik dalam kelas dengan baris tempat duduk kedua dan ketiga boleh dillipat rata. Boleh muat barangan dapur, perabot, dan beg-beg besar seisi keluarga, termasuk berbaring enak ketika berpiknik di tepian pantai indah.

5. CIRI KESELAMATAN TERBAIK – ADA 7 BEG UDARA

Tanpa berkrompomi aspek keselamatan, Mitsubishi Outlander CKD didatangkan dengan 7 beg udara berserta pelbagai ciri keselamatan premium lain seperti:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Agihan Brek Elektronik (EBD).
  • Bantuan Brek (BA).
  • Stabiliti Aktif dan Kawalan Traksi (ASTC).
  • Bantuan Daki Bukit (HSA).
  • Pautan kerusi ISOFIX.
  • Struktur binaan badan Evolusi Keselamatan Impak Diperkuat (RISE).
  • Kamera undur dengan garis panduan.
  • Pengingat Rehat (Rest Reminder) yang berfungsi mengingatkan pemandu supaya berhenti rehat apabila letih.

Dan semua ciri keselamatan di atas disediakan sebagai standard! Tiada diskriminasi, semua serupa!


Jika anda mahu memandu uji dan menikmati pelbagai promosi menarik mengenai Mitsubishi Outlander 2.0L CKD, boleh kunjungi semua bilik pameran Mitsubishi seluruh Malaysia bermula:

14 Oktober 2017 – Semenanjung Malaysia
21 Oktober 2017 – Sabah & Sarawak

Hah, tunggu apa lagi?

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD CKD Roda4 SUV
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.