Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Malaysia Tawar Program Hantar Kereta Baharu ke Rumah Pelanggan
Auto Terkini

Mitsubishi Malaysia Tawar Program Hantar Kereta Baharu ke Rumah Pelanggan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) menawarkan program kiriman kenderaan baharu ke rumah pelanggan selepas selesai membuat pembelian.

Sebagai permulaan, program pilihan dinamakan Home Delivery Service (Servis Penghantaran ke Rumah) itu ditawarkan kepada pelanggan sekitar Lembah Klang. Kenderaan yang dibeli akan dihantar menggunakan lori khas untuk satu muatan kenderaan sahaja.

BACA >>> Mitsubishi No 3 dalam Kajian Kualiti Awalan JD Power di Amerika!
BACA >>> Mitsubishi Xpander Laku Keras di Malaysia Sampai Kena Tunggu 6 Bulan!


Sejak pandemik Covid-19, MMM ialah syarikat automotif pertama Malaysia menawarkan pakej lengkap pembelian kenderaan secara atas talian, terdiri daripada:

  • Tontonan Virtual 360º (Virtual Viewing)
  • Pandu Uji (Test Drive 2U)
  • Bantuan Tempahan (Booking Assist)
  • Jualan Semula Bagi Pembelian Baharu (Trade In)
  • Kiriman ke Rumah Pelanggan (Home Delivery)

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, servis itu akan mula dilaksanakan di Lembah Klang sebelum disusuli wilayah lain pada masa akan datang.

“Kami mahu menawarkan satu pilihan (baharu) kepada pelanggan yang membuat pembelian secara atas talian iaitu suatu perbezaan dalam pengalaman pemilikan kenderaan.

“Kami menawarkan pusat sehenti servis digital daripada tontonan kenderaan 360º melalui bilik pameran maya, membuat tempahan Test Drive 2U, melengkapkan proses pembelian akhir secara atas talian seperti tempahan dan tukar beli (trade-in) serta kiriman kenderaan baharu ke rumah mereka.”

BACA >>> Bilik Pameran dan Pusat 3S Mitsubishi Kini Dibuka Di Bandar Bukit Raja, Klang


Perkhidmatan penghantaran kenderaan ke rumah itu hanya ditawarkan kepada pelanggan yang sudah membuat tempahan dan pendaftaran kenderaan Mitsubishi menerusi Servis Online Mitsubishi di pautan Mitsubishi Online Showroom.

Pelanggan yang menempah dan mendaftar model Triton dengan kod promo 4SUREBELI di Mitsubishi Online Showroom akan menerima jaket North Face edisi terhad. Tawaran bermula hari ini hingga 31 Disember akan datang.

BACA >>> Mitsubishi Malaysia Lancar Bilik Pameran Maya, Boleh Beli Kereta dari Sofa Rumah Anda
BACA >>> Proton Nombor Satu, Catat Angka Jualan Tertinggi Julai 2021, Perodua Jatuh Tempat Keempat
BACA >>> Mitsubishi Dedah Hasrat Hidupkan Semula Jenama Ralliart Selepas 11 Tahun

Auto Terkini Mitsubishi Malaysia Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Program Kiriman Kenderaan Mitsubishi Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    TGR Vios Gold Championship 2026
    Sukan Permotoran

    Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.