Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Malaysia Capai Jualan Tertinggi Sejak Ditubuhkan, Jualan 2022 Lebih 24k Unit!
Auto Terkini

Mitsubishi Malaysia Capai Jualan Tertinggi Sejak Ditubuhkan, Jualan 2022 Lebih 24k Unit!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize17/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) meneruskan trend jualan memberangsangkan dengan menutup tahun kewangan 2022 (April 2022 – Mac 2023) dengan jualan 27 peratus lebih banyak berbanding tempoh sama tahun kewangan lalu.

Wakil pengeluar itu menjual 24,315 unit kenderaan dengan menguasai 3.2 peratus pasaran, sekali gus membolehkan jenama Mitsubishi mengekalkan tiga tempat teratas dalam ranking jualan automotif bukan nasional.

Ini juga sejarah pencapaian jualan tinggi MMM sejak penubuhan pada 2005.

Mitsubishi Xpander kekal sebagai kenderaan pelbagai guna (MPV) bukan nasional paling popular di Malaysia dengan pertumbuhan jualan 52.2 peratus berbanding tahun kewangan 2021 (April 2021 – Mac 2022).

MMM menjual 13,794 unit Mitsubishi Xpander yang menyumbang 57 peratus kepada keseluruhan jualan syarikat.

Trak pikap Mitsubishi Triton pula menjadi trak luar biasa dengan pertumbuhan jualan 12 peratus berbanding tahun kewangan sebelum, iaitu sebanyak 10,520 unit, sekali gus mengekalkan bahagian pasaran kukuh sebanyak 18 peratus. Triton juga menjadi jenama nombor dua kukuh dalam segmen trak pikap.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Shinya Ikeda berkata, Mitsubishi Triton dan Xpander sudah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan jualan pada tahun kewangan 2022.

Dalam menamatkan tahun kewangan berjaya, kami akan terus menumpukan kepada menambah baik pengalaman pembelian dan perkhidmatan pelanggan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang dengan memastikan pengalaman lancar,” katanya.

Baru-baru ini, Mitsubishi Motors Corporation (MMC) melancarkan model konsep Triton baharu, Mitsubishi XRT di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2023 ke-44.

Ikeda berkata, bagi perlumbaan rali Asia Cross Rally 2023, padukan Mitsubishi Ralliart Team merancang bersaing dengan prototaip model rentas desa Triton serba baharu dalam usaha meraih kemenangan kedua berturut-turut.

Penyertaan kami dalam rali akan dicerminkan bukan saja pada model Triton baharu, tetapi juga merentasi rangkaian luas kenderaan Mitsubishi,” katanya.

BACA >>> #BIMS2023: Mitsubishi XRT Concept Debut di Bangkok, Bayangan Triton Serba Baharu
BACA >>> Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Xpander Pameran Motor Antarabangsa Bangkok ke-44 2023. Shinya Ikeda tahun kewangan 2022 Team Mitsubishi Ralliart
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.