Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Eclipse Cross Facelift (2021) Diperkenal dengan Gaya Lebih Ekspresif
Roda4

Mitsubishi Eclipse Cross Facelift (2021) Diperkenal dengan Gaya Lebih Ekspresif

Abang HirataBy Abang Hirata16/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI MALAYSIA, ramai yang ternantikan pelancaran Xpander selepas beberapa tahun berada di jalan raya negara-negara jiran. Penantian itu bakal terakhir selepas Mitsubishi baru-baru ini mempamerkan Xpander di ibu kota kepada umum.

Di sebalik pelancaran tersebut, Mitsubishi sebenarnya ada satu lagi crossover bergaya, iaitu Eclipse Cross yang dikeluarkan pada 2017. Sama seperti Xpander, setakat ini cuma dipasarkan di negara terpilih dan jika dilihat aspek rekabentuk, memang ada potensi untuk mendapat sambutan baik jika penawarannya diluaskan, termasuk ke negara kita.

BACA >>> YouTuber Indonesia Dedah Kenapa Mitsubishi Xpander Boleh Fenomena di Indonesia

Selepas beberapa tahun di pasaran, Mitsubishi kini melancarkan Eclipse Cross (2021) versi dipertingkat (facelift), termasuk memperkenalkan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) baharu. Model ini akan dilancarkan di Australia dan New Zealand pada November ini, manakala model PHEV pada tahun depan.

Bagi pasaran Amerika Utara, model petrol akan diperkenalkan pada suku pertama 2021 dan setakat ini tiada rancangan untuk penawaran PHEV di sana. Pasaran Jepun pula, Mitsubishi sudah pun membuka tempahan awal untuk model petrol.

Berikut ciri utama Eclipse Cross (2021) facelift:

Rekabentuk

  • Rekaan depan evolusi terbaharu Dynamic Shield.
  • Bampar depan dengan gril lebih ekspresif, lampu siang (DRL) LED lebis nipis dan lampu utama baharu di kanan dan kiri bampar.
  • Bahagian belakang berbeza ketara. Cermin belakang yang sebelum ini terbahagi dua dengan lampu melintang di tengah, tetapi kini diubah kepada cermin belakang tunggal dengan lampu tunggal bentuk L setiap sisi kanan dan kiri.
  • Bentuk heksagon pintu but membawa pengaruh bentuk tayar ganti yang ikonik dengan Mitsubishi.
  • Bahagian dalaman dilengkapi unit infotainment skrin sentuh 8 inci dan dialih lebih dekat dengan pemandu dan penumpang depan.
  • Pad sentuh yang sebelum ini mempunyai beberapa fungsi digantikan untuk ekstra ruang simpanan konsol tengah.
Trenkuasa
  • Model PHEV menggunakan sistem dwi-motor 4WD PHEV, sama seperti Outlander PHEV, tetapi diubah suai mengikut saiz dan berat casis Eclipse Cross.
  • Dua motor elektrik diposisikan di bahagian depan dan belakang, enjin 2.3L MIVEC dengan transmisi 1-kelajuan jenis planetari.
  • Kekal menggunakan enjin 1.5L MIVEC turbo dan dipadankan kotak gear CVT dengan 8-kelajuan mod Sport.
Pengendalian
  • Menggunakan teknologi S-AWC untuk pengendalian stabil dan kawalan jitu seterusnya memberikan keyakinan kepada pemandu.
  • Koil pada absorber depan MacPherson dan suspensi belakang jenis multilink dipertingkat, manakala saiz absorber belakang dibesarkan.
BACA >>> Mitsubishi Mirage (2020) Versi Dynamic Shield Masuk UK, Harga Mula RM56k
GALERI
Mitsubishi Eclipse Cross pra-facelift
Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Mitsubishi Eclipse Cross Mitsubishi Eclipse Cross Facelift Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.