Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Delica Mini Menang Anugerah Rekabentuk Terbaik JCOTY 2023/2024
Auto Terkini

Mitsubishi Delica Mini Menang Anugerah Rekabentuk Terbaik JCOTY 2023/2024

Abang HirataBy Abang Hirata07/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANUGERAH  Kereta Terbaik Jepun (Japan Car of the Year, JCOTY) 2023/2024 diumumkan dengan Toyota Prius diundi sebagai pemenang utama.

Di sebalik rekabentuk Prius yang terampil, pasukan juri memilih keicar Delica Mini untuk menjulang anugerah Rekabentuk Terbaik JCOTY 2024 yang kali pertama untuk Mitsubishi.

JCOTY bukan calang-calang dan sesi kali ini ialah anugerah yang ke-44 dianjurkan yang mana kenderaan tersenarai hendaklah diperkenal atau mula dijual di pasaran Jepun daripada 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2023.

Senarai 10 kereta terbaik dipilih pada 3 November sebelum disusuli sesi pandu uji pada 22 November, manakala pemenang diumumkan pada 7 Disember dan selain dua anugerah di atas, penganjur turut memilih kereta import dan teknologi terbaik tahunan JCOTY.

Dalam penganugerahan, pasukan juri sangat berkenan dengan rekabentuk comel dan menarik Mitsubishi Delica Mini.

Selain itu, purata jualan lebih tiga kali ganda berbanding Mitsubishi eK X space yang membuktikan rekabentuk sebegitu penting dalam penampilan produk.

Tidak sekadar menjual nama, Mitsubishi Delica Mini juga membawa gaya ikonik van Delica. Dari segi rekabentuk, Delica Mini dibangunkan daripada tema ‘Daily Adventure’.

Bahagian depan menonjol dengan lampu LED separa nyala yang digabung bersama rekabentuk Dynamic Shield yang dipegang sekian lama. Tulisan Delica juga membentuk identiti rugged wagon keicar ini.

Turut menyerlah gaya SUV seperti plat bawah bambar warna perak dan gerbang roda hitam kilat.

Delica Mini dijana enjin hibrid ringan (MHEV) 660cc BR06 turbo atau tanpa turbo yang dipadankan transmisi automatik CVT. Pelanggan juga diberi pilihan pacuan dua roda (2WD) atau empat roda (4WD).

Dari segi keselamatan, Mitsubishi Delica Mini tampil canggih dengan sistem bantuan pemandu MI-PILOT seperti Kawalan Pandu Radar (RDC) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA).

Mitsubishi Delica Mini ditawarkan dalam empat varian: G,GPremium, T danT Premium pada harga bermula 1,804,000 yen (RM58,190) untuk varian asas G hingga 2,074,600 yen (RM66,920), T Premium.

Mitsubishi Delica Mini JCOTY 2023 – 2024
Mitsubishi Delica Mini
Japan Car of the Year Japan Car of the Year 2023 - 2024 Mitsubishi Mitsubishi Delica Mini Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    TGR Vios Gold Championship 2026
    Sukan Permotoran

    Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.