Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi ASX Juro (2019) dengan Wajah Dynamic Shield Kini di UK
Roda4

Mitsubishi ASX Juro (2019) dengan Wajah Dynamic Shield Kini di UK

Abang HirataBy Abang Hirata05/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI ASX ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak yang berkongsi segmen dengan Honda HR-V, Mazda CX-3, dan Toyota C-HR. Berbanding pesaing lain, ASX muncul dahulu dan kali pertama kali dilancarkan pada 2010.

Di pasaran tempatan, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) agresif memasarkan ASX dengan menampilkan pelbagai kemas kini dan naik taraf. SUV itu bukan calang-calang model kerana sudah dipasarkan di banyak negara dunia, di Barat dan Timur.

Walaupun sudah berusia, ASX masih lagi berada di pasaran dan Mitsubishi terus giat memasarkan model itu. Mislanya, di Britain, ASX tampil dengan wajah korporat baharu Mitsubishi, dinamakan Dynamic Shield.

BACA >>> Promosi CNY, Mitsubishi ASX 2WD Hanya RM99,000 – Harga Memang Tak Masuk Akal

Terbaharu Mitsubishi UK meringkaskan pilihan SUV itu kepada satu varian sahaja: ASX Juro. Varian baharu itu ialah ‘entry point’ untuk jenama Mitsubishi dan masih kekal mewah. Berbeza ASX versi Malaysia dengan enjin 2.0L MIVEC, ASX Juro digerakkan enjin 1.6 MIVEC berkuasa 117hp dan tork 154 Nm.

Prestasi enjin biasa sahaja dengan pecutan 0-100kmj mengambil masa 12.2 saat, manakala kelajuan maksimum 182 kmj. Walaupun sesaran enjin sederhana, ASX Juro dipasangkan rim aloi 18 inci (Malaysia – 17 inci) dan beberapa ciri lain seperti cermin privasi, lampu kabus depan, masukan tanpa kunci, suis tekan/mula, kerusi depan dengan pemanas, kamera undur dan sistem audio dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Harga Mitsubishi ASX Juro di UK bermula £19,195 atau RM103,208. Sebagai perbandingan, ASX 2.0 2WD tempatan dipasarkan pada harga sekitar RM110,000.

Selain itu, Triton baharu turut dikemaskan dengan wajah Dynamic Shield. Persoalannya, adakah ASX wajah baharu itu akan dipasarkan di negara kita? Nampaknya, belum ada jawapan lagi daripada MMM.

BACA >>> Mitsubishi Akan Lancar Triton Baharu dengan Rupa Depan Dynamic Shield?

GALERI
Dynamic Shield Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Mitsubishi ASX Mitsubishi ASX Juro Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) MMM Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.