Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Akan Lancar Triton Baharu dengan Rupa Depan Dynamic Shield?
Roda4

Mitsubishi Akan Lancar Triton Baharu dengan Rupa Depan Dynamic Shield?

Abang HirataBy Abang Hirata18/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUNIA automotif hari ini segar dengan persaingan dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kelas kompak seperti Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Toyota C-HR. Selain segmen baharu itu, saingan trak pikap saiz sederhana juga meriah seperti Toyota Hilux, Ford Ranger, Mazda BT-50, Isuzu D-Max, Nissan Navara dan Mitsubishi Triton.

Itu belum lagi dikira lagi model yang tidak dibawa masuk ke Malaysia seperti Volkswagen Amarok, Honda Ridgeline, Mercedes-Benz X Class dan Fiat Fullback. Semua model disebut itu memang popular di pasaran masing-masing.

Apa yang menarik tentang segmen trak pikap saiz sederhana ialah projek rebadge yang sudah jadi praktis industri. Hari ini ramai bersembang tentang bagaimana Mercedes-Benz menggunakan semula Nissan Navara sebagai X-Class, tetapi faktanya, Mitsubishi sebelum itu sudah lama berkecimpung dalam metod sama.

TRITON GAYA BAHARU

Contohnya, Triton generasi ke-5 dijenamakan semula sebagai Fiat Fullback untuk pasaran Eropah dan Ram 1200 (Timur Tengah). Walaupun Triton sangat kuat dengan elemen Mitsubishi, tetapi Jepun tidak menghalang ia digunakan semula pengeluar  Itali dan Amerika Syarikat (AS).

Tidak dinafikan, Triton sejak generasi ke-4 mempunyai rekabentuk di luar kebiasaan dengan imej lebih kepada model kereta sedan berbanding trak yang lebih bersegi dan maskular.

BACA >>> Masalah Enjin Idle-Up Mitsubishi Xpander Cuma Perlu Kemas Kini ECU

Kini, selepas tiga tahun di pasaran, nampaknya ada sesuatu menarik bakal ditampilkan Mitsubishi apabila foto Triton dengan balutan penyamaran bertebaran di alam maya. Gambar Triton sedang dipandu uji dikesan di Australia dan Eropah dan ia begitu mudah dicam sebagai model Mitsubishi.

Jadi, apakah tandanya?

Ya, tidak lain tidak bukan ialah rupa depan Dynamic Shield, iaitu identiti Mitsubishi seperti terdapat pada Pajero Sport, Xpander dan Outlander. Wajah signatur yang garang dan moden itu bakal digunakan pada Triton baharu.

Penampilan terbaharu ini pasti menggembirakan peminat trak pikap itu kerana rupa depan Pajero Sport sememangnya menjadi antara modifikasi popular di kalangan pemilik Triton. Malah, bukan saja dibikin ke atas Triton generasi ke-5, tetapi juga model generasi ke-4. Sudah jadi seperti trend.

BACA >>> Apakah Pro dan Kontra Mitsubishi Eclipse Cross (2018)?

Menambah lagi keghairahan ialah Mitsubishi sudah pun mengedarkan foto bayangan Triton dengan wajah Dynamic Shield! Nampak ala Mitsubishi Xpander dengan rupa depan Dynamic Shield yang bakal melebarkan lagi saingan segmen trak pikap sederhana.

Persoalannya, adakah anda berada dalam kem gaya agresif dan urban seperti Triton, atau lebih gemar gaya konservatif seperti Toyota Hilux?

Mitsubishi Mitsubishi L200 Mitsubishi Triton Mitsubishi Triton (2019) Roda4 Trak pikap Trak Pikap Saiz Pertengahan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.