• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Enjin Idle-Up Mitsubishi Xpander Cuma Perlu Kemas Kini ECU

Masalah Enjin Idle-Up Mitsubishi Xpander Cuma Perlu Kemas Kini ECU

March 13, 2018 By AI 2 Comments

441
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI pemilik Mitsubishi Xpander merungut masalah dihadapi kereta mereka. Namun, pihak Mitsubishi mendakwa itu cuma isu kecil tanpa perlu dibuat kempen panggil semula. Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dikatakan mengalami masalah putaran enjin yang naik mengejut tiba-tiba, disebut 'idle-up'.

Isu tersebut cukup hangat diperdebatkan pemilik MPV itu kerana Xpander adalah produk yang benar-benar baru dan Mitsubishi sendiri menyatakan tiada masalah teknikal yang menyumbang kepada situasi tersebut. Gejala idle-up tiada kena mengena dengan masalah komponen.

DISEBABKAN PENYAMAN UDARA

Duta jenama Mitsubishi Motors Indonesia, Rifat Sungkar berkata, idle-up ada kaitan dengan sistem penyaman udara (AC) Xpander.

“Situasi idle-up tidak selalu terjadi, cuma sesetengah pemilik perasan hal itu. Dalam kereta yang suhu AC diletakkan paling sejuk, kadangkala cuaca panas kereta akan ikut tetapan suhu AC. Kadangkala kalibrasi enjin dan kompresor AC  lebih mengutamakan suhu AC hingga AC dihidupkan lebih lama daripada yang dimahukan," katanya.

Cara mengatasi, pemilik Xpander diminta mengemaskini perisian Unit Kawalan Enjin (ECU) di pusat servis Mitsubishi bermula suku kedua tahun ini.

Mujurlah Xpander tiada di pasaran Malaysia. 🙂

SUMBER: DapurPacu

441
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: idle-up, masalah Mitsubishi Xpander, Mitsubishi, Mitsubishi Motors Indonesia, Mitsubishi Xpander, MPV, PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia, Xpander

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my