Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mio MiVue 792 – Kamera Pemuka Kenderaan Premium dengan Ciri Bantuan Pemandu
Auto Terkini

Mio MiVue 792 – Kamera Pemuka Kenderaan Premium dengan Ciri Bantuan Pemandu

Han OthmanBy Han Othman29/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMBUAT barangan elektronik dari Taiwan, Mio memperkenalkan kamera pemuka (dashcam) baharu, MiVue 7 Series ke pasaran tempatan pada September lalu dalam tiga pilihan produk: MiVue 792, MiVue 785 dan MiVue 733.

Model yang diberikan saya ini ialah MiVue 792, juga produk paling premium yang dijual di pasaran pada harga RM799.

Dalam pek Mio MiVue 792, anda akan diberikan:

  • 1 unit kamera pemuka
  • 1 kabel kuasa untuk disambungkan pada soket 12V dalam kereta
  • 1 pemegang (holder) untuk dilekatkan pada cermin.
  • 1 kad memori microSD 16GB (boleh muat hinga 128GB)

Juga ada manual pengguna dan kad waranti (3 tahun).

SPESIFIKASI

MiVue 792 dimuatkan sensor video Sony STARVIS CMOS dengan resolusi 1920 x 1080 @ 60fps, dan 1920 x 1080 @ 30fps, manakala apertur F1.8. Video akan dirakamkan dalam format MP4 (H.264) dalam sudut 140º yang dipaparkan pada skrin 2.7 inci.

Kamera pemuka ini memiliki dimensi lebar 90.2mm, tinggi 48.8mm dan tebal 35.2mm dengan berat 109g. Tidak berat dan mudah dibawa serta ditanggalkan daripada soket pemegang.

APA YANG ISTIMEWA?

Berikut kelebihan yang ada pada MiVue 792:

  • Sensor Video Sony STARVIS CMOS – Menghasilkan kontras video yang baik, jelas dan berwarna, terutama dalam kondisi kurang cahaya.
  • Teknologi Format Video H.264 – Membolehkan video berkualiti tinggi dirakamkan dalam saiz fail kecil.
  • WiFi – Boleh dihubungkan pada telefon pintar untuk dijadikan fail sandaran (back up), atau berkongsi terus rakaman video ke laman sosial seperti Facebook menerusi aplikasi mobil MiVue.
  • Sudut Pandangan Lebar 140º – Untuk paparan dan rakaman video lebih luas dan jelas.
  • Data Kamera Keselamatan – Percuma dengan kemas kini sepanjang hayat peranti.
  • GPS – Secara automatik merakamkan maklumat pemanduan, seperti kelajuan, altitud, longitud, latitud dan arah.
  • Sistem Bantuan Pemandu – Berfungsi seperti teknologi sama yang ada pada kereta moden masa kini seperti Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Amaran Letih.
  • Rakaman Dwi Kamera – Rakaman video HD penuh 1080P @ 30fps boleh disinkronasikan serentak.
  • Mod Parkir – Apabila diaktifkan, rakaman akan dibuat automatik apabila berlaku getaran atau pergerakan di depan kamera (perlukan kotak pintar)

CARA GUNA

Rakaman akan diaktifkan automatik sebaik saja bateri atau enjin kereta dihidupkan. Dalam masa kurang seminit, GPS akan mengesan kedudukan peranti sebelum maklumat seperti halaju semasa dipaparkan, termasuk masa dan tarikh.

Menariknya, kita boleh setkan fungsi bantuan pemandu seperti PCW dan LDW yang mana peranti akan berbunyi jika kereta dipandu dikesan tersasar dari laluan asal, atau berisiko menyebabkan perlanggaran depan. Juga ada sambungan Sistem Pengurusan Tekanan Tayar (TPMS)!

Lagi keistimewaan MiVue 792 adalah ciri WiFi yang boleh menghubungkan telefon pintar. Sebaik saja dihubungkan, kita dapat jadikan skrin telefon sebagai paparan utama secara ‘live view’ menggunakan aplikasi mobil MiVue tanpa perlu mengeluarkan kad memori. Jika anda seorang YouTuber, kamera pemuka ini juga boleh berfungsi sebagai peranti perakam.

Fungsi WiFi ini juga membolehkan visual masa sebenar kemalangan dimuat turun terus ke telefon dan mudah diakses. Walaupun disambung ke telefon pintar menerusi WiFi, ia tidak mengganggu rakaman video, manakala saiz hantaran fail dikecilkan yang mana peranti akan menetapkan 20 saat rakaman kemalangan (5 saat sebelum dan 15 saat selepas kemalangan) bagi mengoptimumkan hantaran saiz fail.

Jika anda memandu kereta lama, MiVue 792 akan buatkan kereta anda berteknologi tinggi. Kepada yang mencari kamera pemuka baharu yang lengkap dan berbaloi dimiliki, saya memang rekomenkan!

Di bawah ini ialah rakaman video pada waktu malam yang saya muat turun secara terus. Amacam, puas hati tak?

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2019/11/mivue-792-video.mp4

GALERI
aksesori Kamera Pemuka Mio MiVue 792 MiVue 7 Series
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

Kereta LEGO Technic 1:1 Koenigsegg Sadair’s Spear Pecah Rekod Di Goodwood

26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026
Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

25/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

By Abang Hirata24/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.